Monday, November 10, 2008

Politik Wang Dalam Umno

Maka bercakaplah seorang Mantan Ketua Menteri yang juga Mantan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan sejarah politik wang dalam Umno berlaku dikalangan ahli Umno yang dibawa oleh Saudara Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kalau begitu hebat juga Anwar Ibrahim ini, setelah 10 tahun terkeluar dalam Unmo masih lagi diingati jasanya oleh penyokong Umno diperingkat bawahan tu, yang hang sebagai pemimpin Umno atasan dok buat apa, selama 10 tahun pemergian Anwar pun, tak dapat nak selesaikan masalah politik wang ini.

Ataupun hang juga yang sama-sama menggunakan wang untuk kepentingan politik. Permasalahan politik wang dalam Umno ni tak payah cakap, semua orang tersedia maklum. Tak payah nak tunjuk alim lah Tan Sri Rahim Thamby Chik, kalau nak bercakap tentang moral siapa tak kenal dengan Tan Sri, sebaya dengan anak sendiri pun boleh balun, tapi kerana Umno parti yang tidak ada maruah boleh melantik orang sedemikian menjadi Ahli Majlis Tertinggi, sebuah badan pembuat dasar kepada Umno. Tak apa lah.... kalau dikira, dasar apa yang nak ditegakkan oleh orang sebegini berada dalam board.

Politik wang dalam Umno sebenarnya berakar umbi dan berulat sudah berzaman lagi. Lihat sahaja bagaimana politik wang berlaku semasa pemilihan Agung Umno Mahathir vs Ku Li sehingga terbawa Umno diharamkan dan banyak lagi kes-kes politik wang dalam Umno sudah bukan lagi menjadi persoalan kepada masyarakat umum.

Lebih teruk lagi apabila politik wang dalam Umno terbawa-bawa kepada setiap kali Piliharaya Umum atau Kecil, kes rasuah pengundi, satu perkara yang menjadi kebiasaan dan tak perlu cakap lagi, sudah menjadi asam garam kepada parti yang berteraskan kepada fahaman sekular ini.

Jadi tak payah lah, Tan Sri Rahim Thamby Chik menyalahkan orang lain pula, akibat kerosakkan dalam Umno tetapi tilek lah diri sendiri dulu atau rasanya saja… Tan Sri nak cari markah untuk menjadi modal basah semasa pemilihan agung Umno Mac ini.

PERTANDINGAN 3 PENJURU TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Mac ini akan dihadapi pertandingan tiga penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd dan Datuk Mohd Ali Rustam. Masing-masing sebenar mempunyai peluang yang seimbang tetapi pertandingan ini lebih menjurus kepada pertandingan antara antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Mereka ini lebih kelihatan lebih berwibawa jika dibandingkan dengan Datuk Mohd Ali Rustam.

Jika dilihat dari segi haraki parti pun sebagai ahli yang dilantik Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mampu berada sebaris dengan Naib-Naib Presiden adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Akan tetapi selamatkah kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertandingan tersebut juga menjadi persoalan?

Mampukah Perwakilan Perhimpunan itu kelak boleh konsider dengan jawatan-jawatan utama diberikan kepada orang-orang Johor. selain dari calon jawatan Timbalan Presiden, jawatan bagi Naib Presiden 3 orang calon bakal menyaksikan wakil dari negeri Johor Hishammuddin, Syed Hamid Albar dan Khaled Nordin. Oleh sebab itu jika diambil kira hal demikian dirasakan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lah selamat, jika sentimen itu digunakan oleh musuh politik beliau.

Apakah ini adalah stratigi politik bagi menumbangkan kerier politk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Satu kesilapan besar yang berlaku sesama pencalonan diperingkat Umno bahagian, apabila hampir seluruh bahagian-bahagian mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mempunyai kebolehan yang tidak boleh disangkalkan, ia terbukti apabila jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau sebagai menteri kabinet mempunyai prestasi yang memuaskan.

Lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai rekod peribadi yang tidak melayakan beliau menduduki kerusi tersebut, jika dibandingkan dengan Datuk Seri Mohd Najib yang mempunyai rekod silam yang meragukan dan kerenah yang dipaparkan oleh Datin Seri Rosmah yang rata-rata dibicarakan oleh masyarakat terbanyak.

Umno telah melakukan satu kesilapan yang besar menangkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno yang ke tujuh ini, semasa rakyat sedang melihat dan menilai serta mahukan satu perubahan berlaku dalam Umno yang kononnya tunjang kepada parti politik orang melayu. Umno akan menghadapi krisis keyakinan rakyat sekali lagi jika rakyat mengambil kira hal-hal yang berkaitan dengan Datuk Seri Najib ini. Malah krisis keyakinan rakyat kali ini adalah lebih parah lagi jika dibandingkan dengan era pemerintahan di zaman Pak lah. Ataupun memang sudah ditakdir untuk Umno berkubur dalam politik di Malaysia.