Wednesday, July 22, 2009

Ulama Pas patut keluar fatwa- Zambry

IPOH 20 Julai - Ulama dalam Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

''Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.
Zambry berkata, beliau bersimpati dengan kematian Beng Hock dan telah pun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Isu Lilin : Tidak Salah Di Sisi Islam - Timbalan Mufti Kedah

Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di sini yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Komen Gua pulak
Zambry kena tanya jawatan yang beliau pegang sekarang halal atau haram.
Gaji yang dia dapat tu halal atau haram.
Nak mudah tanya harunsani tentu best punya….

Sunday, July 19, 2009

ULASAN KETIGA PRK MANEK URAI



Walaupun sudah 5 hari PRK Manek Urai berlalu tapi masyarakat umumnya, masih lagi membicarakan tentang isu-isu yang berlaku, semasa tempoh kempen yang lalu, dari isu keganasan penyokong kedua parti politik yang bertanding, rasuah wang dan tidak ketinggalan juga tentang janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Itulah satu-satunya modal Umno dari dulu, kini dan selamanya, setiap kali pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil banyak janji-janji pembangunan dihidangkan buat pengundi, kenapa ye ? adakah pengundi setempat itu mati disebabkan selama ini tidak ada pembangunan ?

Tipu Dulu, Kini Dan Selamanya

Saya ingin ingatkan balik tentang janji-janji jambatan ini, Pada pilihanraya umum tahun 1959 umno dan sekutunya dalam Kerajaan Perikatan ( MCA, MIC ) telah berjanji dengan rakyat Kelantan akan membina jambatan merentangi sungai Kelantan antara Kota Bharu dan Pasir Pekan.

Namun janji tinggal janji, apabila parti itu kalah dalam pilihanraya tersebut. Pas membentuk kerajaan dan meminta kerajaan Umno meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi ditolak.

Buruk Siku

Semua peralatan untuk membina jambatan berkenaan telah pun di bawa, tetapi di pindah ke Temerloh, Pahang untuk membina jambatan Temerloh. PAS mengambil inisiatif untuk membinanya juga demi kepentingan rakyat.

Usaha PAS ini diejek oleh orang Umno sehingga ada yang bernazar akan telanjang melalui jambatan itu jika PAS mampu membinanya.

Mula Kerajaan PAS meminta kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membuat pinjaman dalam negeri, tetapi tidak dilayan ini menyebabkan PAS terpaksa berikhtiar dan mencari sumber kewangan sendiri.

Berkat kesungguhan dan kegigihan akhirnya jambatan berkenaan yang mulai dibina tahun 1963 siap sepenuhnya dua tahun kemudian (1965) dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM6.7 juta.

Sejarah dan kenangan itu cukup indah dan nostalgik bagi PAS dan seluruh rakyat Kelantan. Jambatan Sultan Yahya menjadi lambang kekuatan dan kegigihan PAS di Kelantan.

Janji Palsu Mu

Cerita 50 tahun dulu ditayangkan kembali, cuma directornya saja yang berbeza. Muhyiddin Yassin meluluskan projek Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.
Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya, orang lain makan nangka orang terkena getah. Hasrat pengundi manek Urai tidak kesampaian dek Manek Urai dipertahankan Pas. Kesian betul kepada pengundi kedua-dua Pengundi UPU Manek Urai.

Mana Paling Cerdik

Tapi Umno pun tak boleh disalahkan juga, mereka banyak pengalaman tentang jambatan ni. Pernah dulu di Dabong, juga dalam Parlimen kuala Krai Kerajaan Umno berjanji dengan pengundi Dabong, jika mereka menang satu jambatan merintasi sungai Dabong akan dibina.
Pada Pilihanraya Umum 2004. Umno, calonnya Datuk Ramzi Abdul Rahman telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,094 tetapi setelah jambatan itu siap, beliau kalah dengan majoriti 552 pada PRU 2008.
Jika Unmo menganggapkan janji pembangungan adalah umpan yang terbalik untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, Rakyat Kelantan pun ada strategi bagaimana untuk menghadapi Umno yang menjual pembangunan setiap kali diadakan Pilihanraya baik umum atau kecil. Kerana mereka sedar mereka yang membayar cukai, mereka berhak mendapat pembangunan.

Janji Umno

Memangpun sudah banyak, janji pembangunan ditabur oleh Kerajaan Umno setiap kali PRK. Sepertimana di Pengkalan pasir dulu (telah saya ulas), dua janji besar, Dato Seri Najib untuk pengundi Pengkalan Pasir, Parlimen Pasir Mas semasa PRK 2006, jika Umno menang iaitu bina Pasar besar termoden di malayasia dan Longkang yang tercanggih untuk mengelakkan banjir, dengan pejam mata pengundi Pangkalan Pasir bagi undi pada BN, wal hasilnya....habuh pun tarak. Itu lah mungkin Najib tak berani ke manek Urai kerana pernah tipu orang di pangkalan pasir dulu.

Janji Pas

Lain Kerajaan kelantan, bila berjanji dengan pengundi Pasir Mas untuk membina flyover, bagi kemudahan rakyat Pasir Mas kerana kesesakan lalulintas setiap kali laluan keretapi. walaupun kalah tetap dibina. ” lu pikir lah sendiri ”.

Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra

Rakyat Kelantan pun, masih tertanya-tanya tentang apa hal projek Jambatan Sultan Yahya petra 2, yang tapaknya dirasmikan oleh Pak Lah dulu pada 20 Ogos 2009, apa sudah jadi, khabarnya, RM 20 juta sudah lesap untuk projek pilihanraya. Betul ke ?

Manek Urai Lagi

Berbalik kepada jambatan Manek Urai, wa sebenar nya percaya, itu AMNO akan buat, itu jambatan tapi sekerat dulu, nanti tu, Pilihan laya tu AMNO akan buat lagi, kalau tu, parti Amno menang maaaaah. Kalu AMNO kalah tu jambatan sekerat, boleh budak-budak main terjun-terjun dalam sungai...... maah

Ooohhh wa mahu tanya tu,,,, sapa tu, ahmad Maslan sapa-sapa kenal dia kasi tanya sama dia, lagi dia nak noreh getah dengan orang Manek Urai, itu ahmad maslan tu olang banyak pandai torek getah. maaaah
Ha,ha,ha,ha,ha,...........

Saturday, July 18, 2009

KALAULAH ANA BUKAN ANAK NIK AZIZ

Hari ni terlalu boring sangat, maklumlah cuti sabtu aku pun duduk search blog-blog seperti biasa semua blog aku masuk yang pastinya malaysiakini yang tak pernah aku mis dan sayuti omar walaupun bukanlah aku suka sangat ngan dia tapi sekadar nak dengar apa yang dia kata kat Husam dan Tok Guru Nik Aziz, sebab apa-apa saja berita tentang mereka pasti MSO akan mengulas yang pasti semuanya negatif.

Pada hal orang Kelantan bukan tak tahu kes komisen kambing jamnapari tu, malaslah nak ulas tajuk ini. Jadi bodoh pula...........

Sambil aku belek-belek blog didepan aku, terbukalah akan blog Nik Abduh yakni Salam Dari Kemunting. Aku tahu blog ni yang menjadi kontroversi di Kelantan dulu tapi aku malas nak layan......

Nak katan kan...... takut jejas nama Tok Guru pula.. tu sebab aku tak nak tengok atau baca blog dia. Tepi hajat aku tak kesampaian kerana terbuka pula blognya hari ini.

Aku paparkan sedutan dari blog Nik Abduh

Salam Kamunting,
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu – pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah – istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama

Ulasan AKU

Aku mengenali Nik Abduh, semasa aku menjadi perwakilan pemuda negeri dan juga perwakilan pemuda kawasan dulu. tapi aku memang tidak respect dia ni, sebab dari dulu lagi dia sering menjadi ketua huru-hura terutamanya semasa Muktamar Pemuda Pas Negeri Kelantan, macam-macam yang dia buat untuk gimik politik murahan.

Pernah sekali Perwakilan Pemuda Pengkalan Chepa dialah jadi Ketua Pemudanya pergi bermuktamar pemuda negeri di New Pacifc pakai kain sarung.

Nak tunjuk zuhud ke.....tak payah bukan orang tak tahu kerja Anta dengan Abe Jak Rantau Panjang. Dan banyak lagi perangai-perangai anta yang banyak menyusahkan tok Guru nik Aziz.
Setiap kali muktamar pemilihan dialah yang menjadi tukang laga orang, Ustaz Zul Yaacob dengan Takiyuddin dan Ustaz Abdullah ( Jeli ), Zaki dengan Ustaz Nasaruddin pula dia juga.

Tapi untuk aku ceritakan dalam blog ini, rasanya keterlaluan pulak takut diambil kesempatan oleh Umno yang akhirnya menjejas nama baik Tok Guru.

Tapi Anta kena ingat, kalulah Anta bukan anak Nik Aziz Anta tak mungkin bercakap sejauh ni. Anta datang dalam Pas sewaktu Pas menang, balik ke kelantan dapat title anak Tok Guru dipuja dan disanjung.

Orang lain merangkah dari bawah, jadi aktivis parti dulu, mengalami pelbagai kepahitan. Dan diangkat jadi pimpinan kerana krebiliti bukan shyufaat dari atas oleh itu sedarlah diri sikit.
Berjasa dulu kepada parti seikhlas-ikhlasnya, kerana Anta juga tidak terlepas dengan godaan iblis laknatullah.

Dengan kekalahan Anta dalam pertadingan jawatan ketua Pemuda Negeri kelantan baru-baru ni, seharusnya Anta berfikir siapa Anta di mata pemuda Pas kelantan.

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.
Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.
Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)


Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:
Dato' Seri Anwar IbrahimKetua Umum KeADILan
Dato' Seri Abdul Hadi AwangPresiden PAS
Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP_

Thursday, July 16, 2009

ULASAN KEDUA PRK DUN MANEK URAI

Maka berkokoklah pimpinan Umno,

Kata dia.

01. MELAKA 15 Julai - Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai memberi isyarat baru kepada Pas bahawa rakyat di negara ini kini menyokong perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, biarpun tewas dengan majoriti 65 undi, perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Najib telah diterima oleh rakyat. Menurutnya, ia terbukti apabila BN berjaya mengurangkan peratusan undi kemenangan yang diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan Pas pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai semalam. Pas mengekalkan kerusi DUN Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi. Mohd. Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

02. SHARM EL SHEIKH, Mesir 15 Julai - Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sambil menyifatkan keputusan di Manek Urai itu sebagai kemenangan moral yang besar kepada BN, Perdana Menteri berkata, satu perubahan besar sudah berlaku di kawasan tersebut.

"Dulu kita kalah lebih kurang 1,350 undi. Ini bererti bahawa sudah berlaku swing factor yang besar di Manek Urai. Keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan. Sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan saya percaya kedudukan BN akan menjadi lebih mantap lagi, insya-Allah,"' katanya pada sidang akhbar untuk wartawan Malaysia di Crowne Plaza Sham El Sheikh Resort di sini hari ini.

03. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor itu telah menyebabkan sokongan pengundi Manek Urai kepada Barisan Nasional (BN) bertambah selain rakyat mula menerima perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat keputusan ini adalah sebagai amaran awal kepada UMNO dan Pas supaya mengetepikan perbezaan falsafah dan ideologi politik, apabila ia berkait dengan kepentingan Islam dan Melayu."Pengundi Manek Urai mahukan pembangunan, tetapi isu perpaduan juga menjadi matlamat utama mereka dan orang Melayu keseluruhannya," katanya. Ahmad Zahid berkata, peningkatan sokongan di kalangan pengundi Melayu Manek Urai juga menunjukkan UMNO masih relevan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

04. KUALA LUMPUR 15 Julai - Kemenangan tipis Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai menunjukkan rakyat negeri Kelantan sudah mula tidak mempercayai perjuangan parti itu. Katanya, Barisan Nasional (BN) sebenarnya parti yang menang 'peperangan' pilihan raya kecil itu kerana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

Kata kita.

Apa-apa pun kita bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi Manek Urai pada 14 julai lepas, walaupun menang tipis tetapi itu kecerdikan rakyat Kelantan amnya dan Manek Urai khasnya.

Umno dah lupa kot, menang atau kalah Pas di manek urai tidak memberi apa-apa Impak kepada Kerajaan Kelantan dibawah teraju Tok Guru nik Aziz. Itu kalau menang tapi keputusan ini menggambarkan lagi Kerajaan Kelantan tetap utuh.

Seperti kata pepatah. Guruh di langit air tempayan jangan lah dicurahkan. Ulasan pimpinan Umno, seolah-olah mereka terlupa dimana mereka berada, baguslah logika itu diterus agar umno terus berkubur buat selama-lamanya. Manakan tidak, keputusan PRK Dun Manek Urai diolahkan menggambarkan hasrat rakyat seluruh Malaysia.

Rakyat Kelantan adalah rakyat paling cerdik politik di Malaysia. Dari segi pembangunan mereka dijaga oleh dua agensi pusat dan negeri selama hampir 20 tahun, mereka juga sentiasa bermain tarik tali kepada Kerajaan Umno.

Apa-apa pun ekoran dari kemenangan tipis Pas itu, Kerajaan Umno mesti menunaikan janji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai yang penduduknya hanya lebih kurang 1000 orang yang sebelum ini ulang alik menggunakan jambatan konkrit satu lorong itu,,,,,,ha,ha,ha, bijak,bijak,bijak.

Rakyat Kelantan yang berada di Dun yang Umno menang pun seharusnya bangkit menuntut hak sebagai Dun Anak emas Kerajaan Persekutuan seperti mana yang telah dijanjikan kepada pengundi di Manek Urai, jika Umno menang. Sebagai orang yang menang Umno di enam Dun di kelantan, mereka mestilah didahulukan sebelum Manek Urai.

Mudah-mudah yang selama ini berpendapatan RM 1500 sebulan sebagai penoreh getah dapatlah up gred sikit 4-5 ribu selalu ehsan dari duit Umno. Atau pun jarang-jarang sekali bolehlah panggil Datuk Pa (mustapha mohamed) tunggang motor bersama pemuda Perai seperti mana hok dia buat semasa pilihanraya kecil baru-baru ini.

Apa-apa pun Umno perlu banyak lagi berjasa kepada Rakyat Kelantan, jika mahu berkokok untuk menawan Kelantan. Cumanya apa yang kita kuatirkan ayam tak dapat tapi tahi yang melekat kat tangan.

Sesungguhnya keputusan di Manek Urai adalah gimik politik rakyat Kelantan untuk parti yang bernama Umno........

ULASAN PERTAMA PRK DUN MANEK URAI

Setelah dikaji dari pelbagai sudut, saya telah menjangka dari awal lagi, peluang kedua-dua parti yang bertanding Umno dan Pas di Manek Urai adalah 50-50.

Berdasarkan sosiologi penduduk setempat, isu yang mengelirukan ahli dan penyokong Pas mengenai dengan kerajaan Perpaduan terutamanya bagi pengundi yang berada di luar Kelantan, yang masih lagi bingung halatuju Pas sebenarnya dan juga kefahaman penyokong Pas dan ahlinya disana tentang perjuangan yang dibawa oleh Pas, Pas akan menghadapi saingan yang sengit pada PRK kali ini.

PRK kali ini, adalah pilihanraya kecil yang pertama berlaku di luar bandar, yang sudah tentunya berbeza pandangan dan kekuatan ekonomi pengundi dengan PRK yang sebelumnya.

Walaupun Pas menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja tetapi Pas seharusnya berbangga dengan hampir seluruh Menteri Kabinet turun ke DUN Manek Urai bukan setakat tabur janji tetapi duit berguni-guni kepada pengundi disana, dan perlu juga diakui orang melayu amnya tidak tahan dengan ujian satu ini. Duit bisa menggelapkan mata.

Lain dengan pilihanraya yang sebelum ini yang berlaku di kawasan bandar atau pinggir bandar, Permatang Pauh, Penanti, Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.

Dan perkara yang tak dapat dinafikan rasuah politik terlalu bermaharaja lela di Manek Urai, jika boleh bertahan pun dikira OK, ataupun kalah terus.

Pas juga harus berlapang dada jika dikatakan kemerosotkan majoriti PRK Manek Urai sedikit sebanyak disebabkan oleh isu Kerajaan Perpaduan yang cetuskan oleh Presiden Pas sendiri Abdul Hadi Awang dan Nashruddin Mat Isa, yang menyebabkan pengundi-pengundi muda berada di luar kelantan mengemukakan protes yang jelas kepada Pas yang bersikat tarik tali dengan umno.

Setelah pelbagai tawaran dibuat Umno kepada beberapa pimpinan tertentu dalam Pas. Kekesalan ini dilihat seperti tidak menghiraukan perasaan ahli bawahan Pas yang bertungkus lunus mempertahankan perjuangan parti yang kekadang terpaksa berbalah dengan adik beradik disebabkan fahaman politik yang berlainan.

Jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil sebelum ini. Pas pernah kalah kerusi yang disandang semasa Pilihanraya umum sebagai contoh di DUN Pengkalan Pasir, pada PRU 2004 Pas menang dengan 56 undi, kalah pada Pilihan Kecil 2006 majoriti 134 setelah Adunnya meninggal dunia, tapi menang kembali pada PRU 2008 dengan kemenangan yang lebih besar 2,348, walaupun calon yang sama dengan pilihanraya kecil 2006 Hanifa Ahmad ( Pas ) Hanafi Mamat ( Umno ).

Umno memang sedia maklum dengan keadaan ini sebenarnya, tapi bolehlah pimpinan Umno atasan menghiburkan hati sedikit yang gundah gulana dialami dalam pilihanraya sebelum ini walaupun kalah. Pun begitu keputusan PRK kali ini tidak mengambarkan mood rakyat keseluruhannya.