Monday, November 10, 2008

Politik Wang Dalam Umno

Maka bercakaplah seorang Mantan Ketua Menteri yang juga Mantan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan sejarah politik wang dalam Umno berlaku dikalangan ahli Umno yang dibawa oleh Saudara Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kalau begitu hebat juga Anwar Ibrahim ini, setelah 10 tahun terkeluar dalam Unmo masih lagi diingati jasanya oleh penyokong Umno diperingkat bawahan tu, yang hang sebagai pemimpin Umno atasan dok buat apa, selama 10 tahun pemergian Anwar pun, tak dapat nak selesaikan masalah politik wang ini.

Ataupun hang juga yang sama-sama menggunakan wang untuk kepentingan politik. Permasalahan politik wang dalam Umno ni tak payah cakap, semua orang tersedia maklum. Tak payah nak tunjuk alim lah Tan Sri Rahim Thamby Chik, kalau nak bercakap tentang moral siapa tak kenal dengan Tan Sri, sebaya dengan anak sendiri pun boleh balun, tapi kerana Umno parti yang tidak ada maruah boleh melantik orang sedemikian menjadi Ahli Majlis Tertinggi, sebuah badan pembuat dasar kepada Umno. Tak apa lah.... kalau dikira, dasar apa yang nak ditegakkan oleh orang sebegini berada dalam board.

Politik wang dalam Umno sebenarnya berakar umbi dan berulat sudah berzaman lagi. Lihat sahaja bagaimana politik wang berlaku semasa pemilihan Agung Umno Mahathir vs Ku Li sehingga terbawa Umno diharamkan dan banyak lagi kes-kes politik wang dalam Umno sudah bukan lagi menjadi persoalan kepada masyarakat umum.

Lebih teruk lagi apabila politik wang dalam Umno terbawa-bawa kepada setiap kali Piliharaya Umum atau Kecil, kes rasuah pengundi, satu perkara yang menjadi kebiasaan dan tak perlu cakap lagi, sudah menjadi asam garam kepada parti yang berteraskan kepada fahaman sekular ini.

Jadi tak payah lah, Tan Sri Rahim Thamby Chik menyalahkan orang lain pula, akibat kerosakkan dalam Umno tetapi tilek lah diri sendiri dulu atau rasanya saja… Tan Sri nak cari markah untuk menjadi modal basah semasa pemilihan agung Umno Mac ini.

PERTANDINGAN 3 PENJURU TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Mac ini akan dihadapi pertandingan tiga penjuru antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd dan Datuk Mohd Ali Rustam. Masing-masing sebenar mempunyai peluang yang seimbang tetapi pertandingan ini lebih menjurus kepada pertandingan antara antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Mereka ini lebih kelihatan lebih berwibawa jika dibandingkan dengan Datuk Mohd Ali Rustam.

Jika dilihat dari segi haraki parti pun sebagai ahli yang dilantik Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mampu berada sebaris dengan Naib-Naib Presiden adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Akan tetapi selamatkah kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertandingan tersebut juga menjadi persoalan?

Mampukah Perwakilan Perhimpunan itu kelak boleh konsider dengan jawatan-jawatan utama diberikan kepada orang-orang Johor. selain dari calon jawatan Timbalan Presiden, jawatan bagi Naib Presiden 3 orang calon bakal menyaksikan wakil dari negeri Johor Hishammuddin, Syed Hamid Albar dan Khaled Nordin. Oleh sebab itu jika diambil kira hal demikian dirasakan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lah selamat, jika sentimen itu digunakan oleh musuh politik beliau.

Apakah ini adalah stratigi politik bagi menumbangkan kerier politk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Satu kesilapan besar yang berlaku sesama pencalonan diperingkat Umno bahagian, apabila hampir seluruh bahagian-bahagian mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mempunyai kebolehan yang tidak boleh disangkalkan, ia terbukti apabila jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau sebagai menteri kabinet mempunyai prestasi yang memuaskan.

Lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai rekod peribadi yang tidak melayakan beliau menduduki kerusi tersebut, jika dibandingkan dengan Datuk Seri Mohd Najib yang mempunyai rekod silam yang meragukan dan kerenah yang dipaparkan oleh Datin Seri Rosmah yang rata-rata dibicarakan oleh masyarakat terbanyak.

Umno telah melakukan satu kesilapan yang besar menangkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno yang ke tujuh ini, semasa rakyat sedang melihat dan menilai serta mahukan satu perubahan berlaku dalam Umno yang kononnya tunjang kepada parti politik orang melayu. Umno akan menghadapi krisis keyakinan rakyat sekali lagi jika rakyat mengambil kira hal-hal yang berkaitan dengan Datuk Seri Najib ini. Malah krisis keyakinan rakyat kali ini adalah lebih parah lagi jika dibandingkan dengan era pemerintahan di zaman Pak lah. Ataupun memang sudah ditakdir untuk Umno berkubur dalam politik di Malaysia.

Thursday, August 28, 2008

Tiba-tiba bersabdalah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Zahidi Wan Teh mempertahankan tindakan Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat di Masjid semasa hampir dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh, menambahkan lagi kebinggungan para rakyat jelata setelah pelbagai pihak masing-masing mengeluarkan pendapat yang berlainan tentang perkara yang sama.

Semalam 27.8.2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.


” Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.


Masyarakat umumnya hari ini mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Zahidi Wan Teh mengeluarkan fatwa bagi memperjelaskan hukum bagi konsert Avril Lavigne yang akan diadakan pada 29.8.2008, iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut bulan ramadhan yang mulia dan hari kebangsaan negara.

Mufti tersebut harus berperanan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes sumpah Saiful Bukhari Azlan. Tambahnya, konsert tersebut lebih besar impaknya jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful kerana ia melibatkan orang ramai.
Adalah menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosial, yang mana beliau akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran.


Apa yang menjadi kebimbangan pula terdapat pertubuhan parti politik dan NGO akan mengadakan junjungan bersama-sama mengedarkan risalah dakwah semasa konsert tersebut. Dikuatiri akan berlaku suasana yang tegang disana nanti jika tidak ada sesuatu langkah membatalnya diambil.


Mufti Wilayah Persekutuan jika digesa bersifat adil terhadap ilmu agama yang dimiliki dan mempergunakan dengan cara yang betul jangan hanya menjadi terompah kayu yang digunakan untuk ke jamban sahaja.

Ezam Dan Labu-Labunya

Kemasukan Ezam Mohd Noor kedalam Umno tidak membawa apa-apa faedah kepada parti itu, walaupun terkeluar beberapa kali mukanya didalam TV strategi itu tidak membantu Umno, Ezam hanya menjadi liabiliti besar kepada Umno yang akan melalui perjalanan yang sukar selepas ini,

Ezam yang diperlukan oleh Khairy untuk menjadi teamnya didalam menghadapi pemilihan akan datang, kemasukan Ezam memparahkan lagi pergolakan didalam Pergerakan Pemuda Umno. Satu kesilapan besar, apabila Khairy mengambil Ezam sebagai team work untuknya. Kalau Ezam boleh menfitnah Anwar semasa kempen Permatang Pauh, juga boleh mengianat mentornya apalah sangat Khairy.

Anwar sendiri dilihat tidak memberi apa-apa respon cabaran Ezam kepadanya, mungkin bagi Anwar, beliau tidak perlu layan kerenah Ezam, biarlah Ezam dengan labu-labunya atau pun Anwar lebih masak dengan perangai Ezam yang akan hidup sehari dua sebelum pilihan raya di Permatang Pauh.

Jangan Pandang Belakang

Jangan pandang ringan kemenangan PKR kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yaasin, ” Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pemimpin Umno ”.

Kita tidak tahu kepada siapa Muhyiddin Yaasin nak tujukkan. Apa yang nyata mereka mula sedar, rakyat telah menolak Unmo dan tidak mudah untuk kembali ke pangkuan unmo lagi.

Sebenarnya Unmo tidak boleh nak salahkan sesiapa didalam soal pernolakkan rakyat kepada mereka, Rakyat sekarang sudah cerdik, mereka boleh membuat pilihan sendiri. Apa yang penting ialah Umno sudah tidak revelan sekarang ini, dan tiada siapa yang boleh membaiki keadaan sekarang.

Rakyat cukup menderita berada dibawah pemerintahan Umno, yang menumpang tuah dengan duit rakyat, Rakyat sudah bijak membuat penilaian tidak lagi boleh digula-gulakan dengan sekilo gula, sekampit beras, sedozen susu dihari pilihan raya.

Umno hanya milik mereka yang berkepentingan dan golongan yang tidak bersekolah sahaja……. he,he,he,

Mahathir vs Pak Lah

Patutkah Pak Lah terus membisu dengan hentaman Dr. Mahathir kepadanya, tak ikut musim dan waktu, ada saja hentaman Mahathir dituju kepada Pak lah, tidak cukup dengan Mahathir, berkongsi pula anaknya Mukhriz, Hairan dibuatnya. Apakah jika Pak Lah turun lebih cepat, Umno akan kuat. Rakyat tertanya apakah permasalahan antara mereka ini.

Rupa-rupanya perletakkan jawatan Dr. Mahathir dulu, bukanlah seikhlas mana, perletakkan dibuat kerana terpaksa, tahun 1999 Umno kalah teruk dek kekejam Mahathir kepada Anwar dan beliau tidak mampu mengawal kemarahan rakyat kepadanya.

Kalaulah Mahathir tidak berbuat demikian sudah tentu dari awal lagi kerajaan Malaysia menjadi milik pembangkang. Mahathir cukup membuat Pak Lah menderita, sememangnya Pak Lah patut tiru cara Mahathir, cari balik fail-fail salah laku yang dibuat atau mencipta saja skandal buat mahathir dan bawa ke mahkamah dakwa seperti mana Mahathir lakukan kepada Anwar. LEKAS, PAK LAH JANGAN TIDUR LAGI.

Kebodohan Ketua Menteri Umno

Kemenanganya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh adalah tsunami berterusan politik daripada bangkitan rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac yang lalu. Walaupun kedengaran suara-suara dari pimpinan Umno, mereka menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka memandangkan kawasan parlimen tersebut adalah kubur kuat Anwar, tidak kurang juga yang didengar umpama pepatah “ rumah siap pahat masih lagi berbunyi “

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden Umno dalam kenyataan “ Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak banyak buat kerja, selama jadi wakil rakyat dan menteri sehingga masih terdapat ramai lagi ramai penduduk miskin di Permatang Pauh dan tidak terbela”.

Dari pengucapan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ternyata beliau masih lagi tidak boleh menerima hakikat pilihan rakyat yang memberi majoriti besar kepada Anwar. Kekadang sikat yang tidak gentleman ini boleh dipersoalkan oleh rakyat, pertama pembangunan sesebuah kawasan parlimen itu tanggong jawab siapa ? Ahli Parlimen kah atau kerajaan negeri, jika ahli parlimen, berapa ribukah peruntukan yang diberi kepada setiap ahli parlimen pembakang setiap tahun untuk pembangunan. Kedua jika tanggong jawab kerajaan negeri, sudah diketahui umum Pakatan Rakyat baru lima bulan memerintah Pulau Pinang, dimanakah tanggong jawab kerajaan BN yang memerintah terdahulu.

Kita juga faham, jika pembangunan sesebuah parlimen atau dun dipertanggong jawabkan kepada Kerajaan Tempatan adalah menjadi tanggong jawab Ahli Majlis yang dilantik oleh Pehak Berkuasa Negeri, merancang dan mematau pembangungan sesebuah daerah kawasan operasinya, jika hendak disalahkan, dizaman Anwar menjadi menteri samalah salahan kepada Umno.

Kita hairan, kalaulah bergini sikat dan pemikiran pemipinan tertinggi Umno yang juga menjawat jawatan Ketua Menteri lagi, tidak faham prosedur kerja, patuh rakyat umumnya menolak Umno, sememangnya Umno memiliki pemimipin yang tak faham cara memerintah.

Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ke PutraJaya atau Penjara ?

Sepertimana yang sudah dijangkakan keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari seawal pukul 2 petang lagi sudah dapat difahami keputusan kelak akan menyebelahi DSAI tetapi tidak dapat dipastikan samada jumlah majoriti lebih atau kurang dari yang pernah didapat oleh Datuk Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 mac yang lalu. Lebih kurang pukul 10.00 malam semalam, keputusan rasmi telah diumumkan oleh Pengwai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya dengan DSAI mendapat 31,195, Datuk Arif Shah 15,524, AKIM 92 undi, DSAI mendapat majoriti 15,579.

Walaupun akhbar atau website pro kerajaan BN memperkecilkan kemenangan DSAI:-
“ Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihaknya, pemimpin de Facto PKR itu tidak sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk menenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini “ sedutan dari Agenda Daily


Tetapi sebenarnya, ia adalah satu kekajayaan yang besar diperolehi oleh DSAI kerana jentera PKR dan Pakatan Rakyat berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Malaysia, pada andian awal setelah berbagai isu dan tohmah telah dikeluarkan oleh media arus perdana, kita menjangkakan DSAI hanya mampu mendapat disekitar 7 K majorti sahaja. Rata-rata pilihanraya kecil akan berpihak kepada BN, tetapi memenangi dengan majoriti yang bertambah adalah satu pencapaian yang cukup baik bagi Pakatan Rakyat yang memberi pertunjuk, BN sudah tidak boleh lagi mewakili rakyat Malaysia sebagai parti yang memerintah.

Umno sudah tidak mampu lagi menyekat kemaraan DSAI, dengan ikatan yang kemas bersama parti-parti gabungan dan sokongan rakyat terbanyak, cukup memperlihatkan kita gambaran sebenar langkap politik di Malaysia akan datang.

Krisis kepercayaan rakyat kepada Ahli Parlimen dari BN telah mula goyah. Rata-rata mereka ( MP BN ) tahu mood rakyat sekarang berada disebelah Pakatan Rakyat, walaupun Malaysia masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional, mereka juga sedar jika keputusan yang berani tidak dibuat dari sekarang, mereka akan gigit jari, jika dipilih sebagai calon BN pada pilihanraya umum akan datang.


Perlukah mereka setia bersama-sama BN yang akan berkubur ? atau mengikut mood rakyat yang tersalah pilih BN tempohari. Mungkin itulah yang bermain-main dikotak pemikiran Ahli Yang Berhormat BN sekarang ini. Kalau itulah andaiannya, mungkin apa yang diperkatakan oleh YB DSAI bahawa akan ada Ahli Parlimen dari BN akan melompat parti ada resionalnya.
Ataupun Barisan Nasional harus bersikat berani, dengan mencipta sebanyak mana kes-kes salahlaku terhadap Anwar, seperti yang telah dilakukan oleh Mahahtir Mohamad dan sumbat sahaja ke penjara, kalau tidak mahu Anwar ke PutraJaya.

Sunday, August 24, 2008

Ulasan Kongres DAP

Kongres DAP yang ke 15 bermula semalam, telah mengimikkan suasana apabila perwakilan DAP membangkitkan beberapa isu antaranya muqabalah Pas-Umno, DAP menolak negara Islam dan dominasi sesuatu parti dalam Pakatan Rakyat.

Sudah menjadi kebiasaan, pada setiap persidangan atau mesyuarat tahunan pusat, mana-mana parti pun, akan ada suara-suara desakkan dari perwakilan kepada pemimpin mereka supaya mengambil kira hasrat ahli bawahan atau sekadar mencari populariti setahun sekali, dan tidak menjadi kesalahan kerana yang akan menentukan kelak pihak jawatankuasa tertinggi sesebuah parti tersebut, yang akan membuat keputusan dan merangka jalan yang terbaik menggendalikan sesuatu isu tersebut dibawah satu pakatan yang dipersetuju bersama.
Setiap parti mempunyai idealogi masing-masing, itulah yang membezakan sesebuah parti dengan parti yang lain, Begitu juga Pas, PKR dan DAP masing mempunyai idealogi yang dibawa bagi mewakili kaum, agama atau masyarakat parti tersebut. Mereka juga mempunyai hak melaksanakan hasrat ahli parti yang termaktub didalam perlembagaan parti masing-masing.

Pas sebuah parti yang jelas hala tujunya ” memperjuangkan wujubnya didalam negara ini masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah ”
Sebenarnya apabila Lim Guan Eng memberitahu, bahawa beliau akan meniru cara-cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, secara tidak langsung menjurus kepada cita-cita perjuangan Pas selama ini, Cuma apa yang penting ialah, macam-mana perlaksanaan itu hendak dilaksanakan, disinilah kebijaksanaan Pas untuk merangkakan supaya sesuai dengan realiti masa dan persekitaran, bukan hanya sekadar menuntut kerusi-kerusi lantikan politik sepertimana disebut oleh perwakilan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang semasa Muktamar Pusat tempoh hari, semua ahli Pas harus berjiwa besar dan bersabar seketika dan berusaha menjelaskan perjuangan Pas dalam semua bentuk samada pemikiran dan perbuatan selaras dengan tuntutan Islam.

Pas sendiri didalam buku perlembagaannya tidak dengan jelas menyebut membentuk Negara Islam. Apa yang ditegaskan nilai-nilai hidup Islam dan hukum melalui kitabullah, sunnah rasul, ijmak ulamak dan qias, dimana hukum-hukum ini terdiri kepada dua, untuk orang Islam dan bukan Islam.

Perlu diakui, tidak ada satu pun idelogi yang dapat mengatasi idealogi yang berasaskan kepada kehidupan sesudah mati, yang mengambil kira soal syurga dan neraka. Pas juga patut menjelaskan konsep keadilan sejagat yang telah dibawa oleh Rasullah s.a.w “ Rahmatan lin a’lamin ”, dan Islam yang komperihensif bukan setakat hukum hudud sahaja tetapi nilai-nilai murni, termasuk juga macam mana Islam menjaga hak-hak orang bukan Islam, orang tua, kaum wanita, kanak-kanak, pengamal-pangamal agama didalam masa perperangan, yang jelas lebih baik lagi dari piagam yang digubar oleh manusia.
Apa yang menarik perhatian saya, apabila Pengerusi Agung DAP, Encik Karpal Singh melahirkan rasa kepercayaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi merapatkan jurang antara DAP dan Pas didalam isu-isu yang berbangkit antara kedua-dua buah parti tersebut. Pemimpin Pas harus bermuhasabah dan post mortem dimanakah silapnya uslub dakwah yang dijalankan selama ini, sehingga perlunya orang tengah bagi menyelesaikan permasalahan antara mereka.

Saturday, August 23, 2008

Najib Bersumpah

Maka bersumpahlah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan lafaz “ wallahi, wabillahi, watallahi “ tentang kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu, didepan kariah Masjid Jamek Guar Perahu.

Perlukah lafaz sumpah dilakukan oleh Najib. Apakah dengan lafaz sumpah itu boleh menyelesaikan semua masalah. Apa yang rakyat mahukan ialah sistem perundangan yang adil. Sebenarnya tiada sesiapapun yang meminta Najib bersumpah biarlah mahkamah yang menentukannya.

Kalaulah budaya bersumpah ini boleh dijadikan bukti kepada sesuatu kesalahan, dibimbangi ia akan disalah gunakan oleh golongan yang tidak bertanggong jawab, mempermainkan lafaz bersumpah sewenang-wenangnya bagi melepaskan jerat dileher ketika itu.

Sudah banyak kita dengari kepincangan perundangan kita, bila melibatkan kes-kes berprofil tinggi. Najib tidak perlulah mengikut cara si simpol, takkan seorang bakal Perdana Menteri terikut cara budak-budak kot, kita serahkan lah saja kepada mahkamah yang tentukan ( itu pun jika keadilan benar-benar ditegakkan )

Didalam suasana politik ketika ini, semua perkara boleh berlaku dan rakyat perlu konsisten hingga hari membuang undi pada 26 ogos ini, kerana pejuangan bukan untuk Anwar tetapi menyekat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara .

Harga Minyak Turun

Seperti yang dijangkakan harga minyak akan turun sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos ini, tetapi kita tidak menduga penurunan hanya serendah itu ( petrol 15 sen, diesel 8 sen ), jika dibandingkan kenaikan pada 4.6.2008 sebanyak 40 % dan kenaikan sebanyak 70 sen bagi petrol RON97.




Kalau diperhatikan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, menunjukkan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat betul, yang pasti kerajaan terpaksa membuat keputusan ” turunkan harga minyak ” kerana terdesak berikutan pilihanraya di Permatang Pauh, yang kelihatan calon BN Datuk Arif Shah masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Awal bulan lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga tahun ini akan diselaraskan pada 1 hari bulan setiap bulan, berdasarkan purata bulanan harga minyak dunia. Rasanya jika kerajaan bersikat mesra rakyat tak perlulah menunggu pilihanraya baru nak berbuat baik kepada rakyat.

Apa-apapun kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pak Lah kerana berbaik hati menurunkan harga minyak semalam, mungkinkah ini adalah jasa Pak Lah yang terakhir untuk rakyat Malaysia ?

Friday, August 22, 2008

Pak Lah Berjiwa Rakyat ?

Bila Perdana Menteri ku naik komuter terasa hiba, apabila seorang pemimpin tertinggi kerajaan cuba menyelami perasaan dan susah payah rakyat bawahan, yang terpaksa berulang alik ke tempat kerja atau menjalankan urusan harian. Tidak salah jika tabiat itu diteruskan sekurang-kurangnya dapatlah berjimat sikit harta kerajaan.

Meninjau masalah rakyat, seharusnya janganlah bermusim tetapi mesti diteruskan, apa yang lebih penting lagi, berusaha meringankannya bukan sekadar mengeluh, sedangkan dalam keadaan yang sama, kaum kerabat berlumba-lumba mencari kekayaan hasil dari kedudukan yang pemimpin tersebut perolehi.

Penampilan beliau yang amat sederhana itu membuktikan, beliau pemimpin berjiwa rakyat, atau sekadar lakonan kebiasaan orang politik yang hampir ke penghujungnya. Cukupkah Pak Lah hanya sekadar meluahkan perasaan kesalnya dengan sistem itu, dimana janji Pak Lah ketika setiap kali harga minyak dinaikan untuk membaiki perkhimatan awam. Sebenarnya rakyat sudah muak dengan janji-janji yang tidak kesudahan, ketika harga minyak dunia telah turun lebih daripada RM 25 dollar seton pada harga tertingginya RM 147 dollar, kerajaan masih lagi mengekalkan dengan harga yang lama.

Rakyat harapkan Pak Lah ikhlas dengan kenyataannya bukan hanya meraih simpati dengan rakyat ketika suasana politik yang tak menentu dan Pilihanraya kecil Permatang Pauh.Apa yang rakyat perlukan daripada Pak Lah bukan Perdana Menteri bersama-sama naik komuter dengan rakyat, apa gunanya kerajaan membeli kereta besar-besar pas tu pergi kerja dengan komuter, nanti ganggu pula urusan negara, tetapi turunkan harga minyak ke paras yang sesuai dengan kemampuan rakyat.

Salam dari Permatang Pauh

Tahniah diucapkan kepada Datuk Arif Shah Omar Shah, meraikan kemenangan beliau sendiri, semalam di Pematang Pauh, mudah-mudahan kemenangan itu menjadi kenyataan bukan sekadar menang sorakan sahaja, tidak perlulah Datuk Arif Shah membuat andaian sendiri atau memakai 100 % risikan pengawai, biasalah orang cari makan, takkan nak lapor yang tak enak pula nanti kebuluran. Sepanjang kempen, berada disana saya tak nampak jentera Pakatan Rakyat terutamanya Pas berkerja ala kadar, seperti yang disebut oleh Datuk Arif Shah, apa yang pasti jentera pakatan all out, cuma oleh kerana terlalu ramai sangat petugas Pakatan Rakyat disana dan Jentera Keadilan yang mengetuai gerak kerja itu, maka jentera dari parti yang lain agak tidak kedepan. Kenduri sebesar ini, biasalah takkan semua nak jadi tukang gulai perlu ada penyambut tetamu, basuh pinggan dan lain-lain lagi.
Datuk Arif Shah juga berpendapat akan mendapat sokongan dari orang Pas dan Keadilan kerana alasannya banyak tolong mereka di sana. Ok lah tu, Cuma kita nak tanya berapa bidang tanah kah, yang Datuk Arif Shah telah jual untuk bantu rakyat di Permatang Pauh, atau berapa buah rumah dan kereta yang beliau perolehi semenjak menjadi pimpinan Umno.
Pilihanraya kecil di Permatang Pauh bukan soal “ Tak perlu YB terkenal seantero dunia “ seperti dilaungkan pada slogan kempen beliau, tetapi rakyat perlu menolak BN kerana mereka sudah tak mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat, setelah sudah lama amanah itu diberikan kepada mereka.
Rakyat hidup menderita diketika pemimpin Umno bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Saya rasakan tidak salah Datuk Arif Shah menghiburkan hati kerana selepas ini tidak ada lagi peluang sedemikian.

Thursday, August 21, 2008

HARAPAN MASA HADAPAN

Sedutan daripada Ucapan Dasar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia ( PAS ).

” Dari segi organisasi pula, Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Negeri pula perlu diperkasakan supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan masa. Sistem pentadbiran di Pejabat Agung dan Pejabat Perhubungan PAS Negeri perlulah menggunakan semua sistem pengurusan kontemporari, mempunyai instrumen pentadbiran dan infrastruktur yang lengkap, disamping mempunyai petugas sepenuh masa yang berkelayakan dan komited dengan perjuangan PAS. Aktiviti untuk membina petugas sepenuh masa ini perlulah dirangka supaya kehadiran mereka dapat dimanafaatkan secara optimum dan menyumbang kepada kecekapan pengurusan dan pentadbiran di pejabat PAS ini. Dalam masa yang sama, satu sistem saraan yang sistematik perlulah dirangka supaya petugas di pusat ini dapat menjalankan tugas dengan penuh ketekunan ”

Faham kita, akan kegusaran Tuan Guru Presiden tentang permasalahan yang sedang berlaku dibawah sana. Walaupun teguran diberikan kepada Pejabat Agong dan Badan Perhubungan Negeri, mungkinkah Tuan Guru tak tergamak memanjangkan lagi kepada Kawasan dan Cawangan yang sudah tentu lebih lemah, daripada kedua-dua peringkat pentadbiran tertinggi parti itu. Apakah yang diharapkan ialah perubahan akan berlaku disetiap kali muktamar tahunan, bukan hanya perjumpaan untuk bertemu berkenalan lama sahaja dan akhirnya, sebelum datang dan pulang sama sahaja, masuk angin keluar asap.

Kemenangan bukan bergantung kepada semangat sahaja,tetapi Pas disemua peringkat seharusnya mempunyai perancangan yang baik, dan lebih penting lagi melaksanakan apa yang dirancang, kita juga dapati Pas agak lemah dari segi pentadbirannya terutama persoalan keahlian. Kita juga seolah-olahnya kehilangan jentera parti, kalau adapun guru-guru yang sudah pencen, itupun boleh kira baik, jika dibandingkan sesetengah cawangan, mesyuarat agung tahunan pun tak dapat dibuat kerana tak cukup korun. Seseorang pemimpin hendaklah mengambil berat tehadap perancangan, serta menentukan halatuju dan mengagihkan segala kerja dan tugas kepada orang tertentu yang layak, bukan hanya kepada orang yang sebulu sahaja.

Pada pandangan saya walaupun pemilihan ahli jawatankuasa dua tahun sekali, tidak salah Pas kawasan atau cawangan membuat pengstukturan organisasi pada jawatankuasa lantikan, jika dirasakan prestasi seseorang itu kurang lemah, sekurang-kurangnya Jawatankuasa Harian Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan Penolong Setiausaha. Mereka sepatutnya tidak berkecil hati kerana kelemahan mereka akan memberi kesan yang besar kepada jemaah.

Kadang-kadang kita mengambil sikat yang salah, apabila berkerja dalam jemaah, kita selalunya tidak mengeluarkan segala daya upaya dengan alasan, kerja ini adalah hanya sukarela, maka timbullah sikat negatif berkerja acuh tak acuh atau sekadar termampu sedangkan, tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memikul tugas tersebut.

Tahun hadapan adalah tahun pemilihan disemua peringkat. Samada cawangan, kawasan atau pusat dan telah menjadi budaya Pas, tidak akan ada perlawanan didalam menduduki ketiga-tiga kerusi utama ketua, timbalan dan naib, adalah diharapkan kepada pimpinan yang sudah tidak mampu, mungkin kerana keuzuran ataupun sudah ada pelapis, sila berikan laluan kepada yang lebih bertenaga samada akal atau fizikal, mudah-mudahan sementara kita masih lagi ada bolehlah memberi tunjuk ajar kepada jentera yang muda-muda ini.

Pas juga harus berfikir secara serius, mengenai jentera-jentera sepenuh masanya kerana ia akan menimbulkan masalah, jika mereka ini tidak dibekalkan saraan masa tua, umpamanya KWSP dan Perkeso atau lain-lain yang difikirkan perlu. Adalah satu kerugian besar kepada jemaah jika kita terpaksa mengekalkan petugas yang lama, walaupun mereka sudah kurang prestasi disebabkan merasa bersalah mengugurkan dek kerana sudah lama berjasa kepada parti.

Wednesday, August 20, 2008

Penahanan Exco Perak Konspirasi Politik ?

Disaat Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang tinggal hanya 6 hari lagi, kita dikejutkan dengan kes rasuah yang melibatkan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) Exco Pelancongan, Modal Insan Dan NGO dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian Dan Perdagangan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga. Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta. Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks. Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Persoalannya, mengapa begitu pantas pendakwaan itu boleh dibuat ? Pada kebiasaannya siasatan sesebuah kes akan melibatkan pelbagai pihak dan jabatan, Yang menjadi tanda tanya macam mana seorang Menteri Besar tidak tahu berkenaan Exconya disiasat. Apatah lagi kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, projek perumahan bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud dan mustahil kedua-dua exco berkenaan melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan.
Di Kuala Lumpur pula kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau gembira berikutan Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak tersebut mencerminkan langkah yang diambil untuk memperbaiki kemampuan agensi itu sedang membuahkan hasil.
Apakah penahanan ini berikutan kemenangan tipis pakatan rakyat pada PRU ke 12 yang lalu, Sama-samalah kita ikuti episod baru, tipu daya BN untuk merampas kerajaan pakatan rakyat di Perak Darul Ridzuan.

KOMENTAR ULASAN MSO

Pagi ini sebelum ke pejabat sambil mengambil sedikit sarapan ringan, sempat juga saya membuka blog kesayangan MSO, satu-satu blog yang pasti saya akan melayari., setiap kali membuka internet. Kehairanan sebelum ini terjawab bila terpapar tajuk “Ilham Subuh” “Mengenali Husam Dalam Politik”. Terlintas juga difikiran saya, mungkin saudara MSO tak dapat tidur kot atau ilham dalam mimpi, seawal dingin subuh saudara MSO kepanasan. Apakah krisis peribadi MSO “Kambing Jamnapari” belum lagi hilang dari benak kemarahan MSO kepada Husam.

Selaku pepimpin yang berjiwa besar Husam Musa seolah-olahnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang selalu dilemparkan kepada nya ( si baju petah merah ) oleh MSO sebelum ini. Sikap marah MSO ini terbawa-bawa sehingga semua team work Husam Musa dibalongnya termasuklah Haji Fauzi ( Air Kelantan ) dan ramai lagi.
Didalam blog, MSO harus gentleman nyatakan siapakah ahli dan pimpinan Pas yang anti Husam dan tidak menyokong PKR di Permatang Pauh itu, adalah tidak sopan beliau menggantungkan bola yang membiarkan masing-masing untuk menyepaknya. Ini akan memberi kesan negetif kepada pimpinan Pas, dikala Pas ketika ini mengalami proses evolusi. Mungkinkah orang yang MSO maksudkan itu pimpinan dari Terengganu atau Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri, hanya MSO yang bisa menjawabnya.

Didalam semangat setiakawan, tidak salah jika Husam Musa sering menziarah DSAI atau berceramah sekali, apatah lagi disaat saudara kita diuji dengan pelbagai musibah dan dikhianati. Dan tidak salah jika keluar negara bagi tujuan membentuk kekuatan bersama. Apa yang menjadi kesilapannya, mungkin juga kerana Husam terlupa nak ajakan MSO bersama kot.
Saya rasa MSO tidak perlu aneh dengan sikap manusia yang berubah seperti dinyata dalam blog itu” budaya dirinya yang tidak suka mendekati orang dan lebih suka bersendirian selama ini. Kelainan dan perbezaan ini menghairankan sedikit! Dalam kes Anwar kali ini beliau tiba-tiba mengubah gaya hidup”. Manusia mempunyai prinsip hidupnya tersendiri dan keunikan inilah yang membezakan antara rakyat biasa dengan seseorang yang bakal dinobatkan sebagai pemimpin.

Dalam dunia politik sudah ramai ahli politik mengambil jalan selamat bagi popoliskan diri, daripada bersusah-susah diri mempertahankan sesuatu kebenaran dan prinsip, sedangkan belum tentu sesuatu prinsip yang dipertahankan itu akan dihargai.

Satu persoalan yang tidak masuk akal bila MSO bertanya di dalam blognya ”Kenapa Husam begitu bersungguh membantu Anwar dan mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat? Sebagai seorang penulis politilk veteran agak malanglah MSO tidak dapat mentafsirkan persoalan itu semudah itu. Apakah cita-cita Pas untuk memerintah Kelantan dan Terengganu atau Pas hanya cukup nafasnya bagi untuk penggal ini sahaja. Jika persoalan di Pangkalan Pasir digunakan untuk melaga-laga orang Pas dan Anwar. MSO telah mengambil langkah yang songsang. Sebagai Pemimpin politik yang akan mewarni langkap politik Malaysia, Pas harus kehadapan bukan menyelak sejarah silam yang tidak membawa apa-apa kebaikan kearah memartabatkan perjuangan dan gagasan Pas di tengah-tengah Masyarakat Malaysia.
Tuduhan MSO, Husam hanya mahu memperalatkan Anwar. Hanyalah pandangan politik yang tidak matang, ingin saya imbau kembali sejarah politik Anwar yang bermula dari Abim bersama pimpinan Pas ketika itu Allahyaram Ustaz Fazdil Noor, Ustaz Yahya Othman yang mereka ini di umpamakan tiga tuku jeram. Kalaulah ditakdirkan akhirnya nafas politik Anwar dan Pas berjaya mencapai matlamat perjuangannya saya kira DSAI berpuas hati dengan gagasan mereka dahulu.
Dunia politik sesuatu kehidupan yang sentiasa bergerak, jika seseorang pemimpin itu statik, organisasi tersebut akan mati. Kita memerlukan seseorang pemimpin yang boleh membuat sesuatu keputusan yang segera, tepat dan kreatif. Tidak salah memcuba perkara yang baru yang salah sebagai pemimpin kita tidak mampu berbuat apa-apa. Seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak perlu menjaga hati semua orang, sememangnya bukan kuasa dan daya upaya kita. Apa yang perlu ialah keikhlasan dan kesungguhan terhadap tanggong jawab kerana yang akan menilaikan kita ialah jemaah keseluruhan bukan individu tertentu dan pengampu. saya rasa tidak perlulah saudara MSO memberi pelbagai teori atau fantasi politik hanya hasil dari kekecewaan MSO terhadap hubungan lampau beliau dengan Husam Musa.

Tuesday, August 19, 2008

Penyokong PKR GANAS ?

Seperti yang dijangkakan hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh akan dicemari dengan insiden keganasan termasuklah insiden “ belasah wartawan “. Akhbar arus perdana bertali arus mengutuk parti pembangkang yang mencetuskan peristiwa keganasan, parti PKR sekali lagi dipersalahkan dek rusuhan itu. Saya hairan kenapa setiap kali berlakunya pilihanraya kecil akan berlaku peristiwa “belasah wartawan”. Apa yang tidak kena dengan sistem demokrasi negara kita. Itupun jika insiden benar-benar berlaku, kalau tidak ia hanya lakon kotor politik Umno atau tidak pun unsur-unsur provokasi. Didalam suasana orang yang begitu ramai apa-apa pun boleh berlaku, adalah tidak adil jika pimpinan Umno menghalakan insiden tersebut kepada PKR tanpa melalui siasatan yang rapi kerana untuk memiliki sehelai baju dan sehelai bendera berlambang PKR tidak sampai pun RM 20.00, sesiapa pun boleh memilikinya, apatah lagi bertujuan jahat yang memang telah dirancangkan dari awal.
Kalaulah kita ingin mencari kebenaran tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, Insiden “ belasah wartawan” boleh dielakan jika liputan media massa arus perdana di negara kita berlaku dengan adil tanpa berat sebelah dan tiada unsur-unsur khianat terhadap laporan dipihak parti pembangkang. Mungkin perbuatan mereka itu hasil daripada tak mampu lagi menahan kesabaran akibat berita yang tidak adil itu. Secara logiknya kenapa orang biasa akan menjadi kasar tingkah lakunya bila menghadapi suasana pilihanraya kecil tentulah ada sebabnya. Oleh itu seratus peratus kesalahan tidak boleh diletak kepada penyokong PKR semata-mata.
Penyokong sesebuah parti politik sudah tentu datang dari pelbagai latarbelakang, maka tak hairanlah, jika berlaku insiden yang tak diingini kerana ketidakpuasan hati mereka, bila berhadapan dengan suasana yang berat sebelah sedang mengundi adalah hak mereka yang telah diperuntukkan didalam perlembagaan. Apa yang mendukacitakan ialah jika pimpinan sendiri yang mencetus provokasi seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Noh Omar yang dipetik dari Bernama.com ogos 17 ” Kita nak beri amaran kepada PKR, jangan nak jolok sarang tebuan. Jangan ingat dia jadi hero. Kalau dia samseng, kita sepuluh kali pun boleh jadi samseng” ini apa? ini cakap seorang menteri kah atau tukang sapu.
Kita bersimpati kepada jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis dan Halim Berbar dari HBL Press News kerana menjadi mangsa keadaan seperti mana kita juga bersimpati kepada anggota polis kita yang sentiasa berdepan dengan pelbagai kemungkinan semasa menjalankan tugas. Oleh itu selagi dunia penyiaran kita masih lagi berada pada takuk ini maka wartawanlah yang akan menjadi mangsa dek kerana kepincangan sistem demokrasi kita. Oleh itu jangan berumah ditepi pantai jika takut akan dilambung ombak.

coretan sore

Suasana politik negara dipanaskan lagi dengan pelbagai isu-isu semasa, tidak cukup daripada itu pimpinan-pimpinan parti Pakatan Rakyat tidak terlepas dengan terpias isu-isu semasa, dikala Umno sibuk dengan pemilihan parti di peringkat cawangan yang akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Presiden parti kelak di dalam Perhimpunan Agung Umno disember ini.

Dalam masa yang sama berlaku Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sesudah kerusi dikosongkan oleh Datuk Seri Wan Azizah, suasana lebih huru-hara dengan kegawatan Muktamar Pas Pusat kali ke 54, dengan pelbagai isu-isu sensitif termasuk muzakarah Pas-Umno, penyertaan non- muslim sebagai sayap parti, dicampur pula 10% kemasukan bukan bumiputra ke UiTM dicampur lagi kes liwat DSAI, dengan tak semena-nemanya berbicaralah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato' Mohd Daud Iraqi, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas 16 September ini, orang yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kita boleh maafkan jika Nik Amar bercakap dua hari sebelum tentang perkara yang sama, tetapi yang menjadi masalah bila diulang kembali oleh Ustaz Daud Iraqi.

Persoalannya dimanakah cerdiknya kita, berbicara perkara yang belum tentunya lagi berlaku, yang pasti ucapan beliau itu telah mengundang rasa kurang selesa dikalangan anggota Pakatan Rakyat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ustaz Daud Iraqi, juga pernah mengeluarkan perkataan yang menimbulkan kontorversi semasa Muktamar tahun lalu di Putik tentang pengundi import dan akhir perkara-perkara ini telah mainkan oleh Umno Kelantan bagi menghalalkan kegiatan jahat mereka selama ini.

Sebelum Ustaz Daud Iraqi berangan untuk Pas memerintah Malaysia. Beliau perlu juga muhasabah diri terlebih dahulu. Sejauh manakah peranan Dewan Ulamak Pusat khususnya tampil ditengah-tengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta mendekati mereka dan memberi gambaran sebenar tentang Islam kepada mereka. Kita dapati peranan Dewan Ulamak hari ini umpama hidup segan mati tak mahu, jarang kedengaran Dewan Ulamak Pas Pusat mendahului didalam penyelesaikan isu-isu yang berkaitan dikalangan umat Islam sendiri. Kita dapati juga Dewan Ulamak Pas Pusat tidak berapa berperanan dengan pembina an sasiah ahli Pas yang semakin hari semakin luntur jati diri sebagai amilin gerakan Islam, kita mengharapkan selepas tak jadi Wakil Rakyat ini Ustaz Daud Iraqi dapat meluangkan lebih masa menjalankan aktiviti pentarbiahan dan penkaderan ahli Pas.
Tak usahlah nak berbicara tentang PM Malaysia, kita dapati perlaksanaan dasar-dasar yang telah dilaungkan di Kelantan pun banyak yang berselerak sebagai contohnya kaunter belian lelaki dan perempuan di supermarket tidak dipatuti, perlaksanaan pakaian beretika dan menutup aurat hanya tinggal dalam mimpi dan banyak lagi cuba fikir sendiri, tak kuasa untuk membuka pekong disini,

Kadang-kadang diam tu emas

Pesanan Buat Cikgu Ya

Pilihanraya Umum ke 12 sudahpun berlalu, namun kesannya masih lagi terasa baik kepada yang menang apatah lagi kepada yang kalah, tak cukup daripada itu mereka yang tidak dinobatkan sebagai calon juga amat terasa, maklumlah pada pilihanraya umum yang lalu, umpama bertanding letak songkok pun boleh menang disaat rakyat mula jelek kepada umno.
Saya berkesempatan melawat rakan lama saya di Machang baru-baru ini. Sambil berborak tentang anak-beranak, waris-warah sempat juga saya bertanya tentang tok wakil baru Dun Kemuning Tok Iman Pi. Saya juga bertanya kenapa bekas YB lama tak naik nama? Sedangkan beliau kononnya telah menolak sagu hati RM 4 juta yang ditawarkan oleh Umno untuk tukar parti?
Rakan saya pada mulanya tak mahu komen tentang itu, mungkin disebabkan ketika itu agak ramai kenalannya berada disisi. Setelah masa berlalu dan hanya kami berdua sahaja, agak panjang juga, belia bercerita kepada saya tentang YB tersebut selain kes dakwa rasuah jualan bangunan Majlis Daerah Machang. Setelah mendengar apa yang diperkatakan itu saya yakin pihak PAS Negeri Kelantan telah membuat satu keputusan yang betul. Saya ada juga menanyakan beliau kenapa ramai-ramai wakil rakyat PAS, Umno memilih Cikgu Ya untuk diberi sagu hati itu. Beliau tidak menjawab Cuma tersenyum……..
Dikhabarkan juga, Cikgu Ya masih lagi memengang jawatan Pengerusi MTD Kemuning walaupun menjadi kebiasaan YB tempatanlah yang menyandang jawatan tersebut bagi melancarkan perjalanan jentera parti di Dun. saya juga dimaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan “puak make tangen” berarak supaya beliau dicalon semula setelah mengetahui kedua-dua calon Ustaz Roseli dan Ustaz Pi menolak pada peringkat awalnya sebelum penamaan calon dulu.
Cuma pesanan saya yang kerdil ini kepada Cikgu Ya jika nak come back sebagai YB pun, pada masa ini janganlah menyusahkan orang lain. Tidakkah semua yang berlaku ini adalah qadar dan qada dari Allah swt, ingatlah semua yang hidup akan mati. sekian

Pendidikan Seks PLKN

Slot Pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) akan dilaksanakan pada Januari tahun 2009 kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Dr. Ng Yen Yen, telah mengundangkan rasa kurang senang dikalangan ibubapa. Kalau dilihat dari segi penggunaan nama pun rasa serilau juga bulu roma dibuatnya. Samada serilau atau tidak itulah fenomena yang berlaku di negara kita sekarang ini.


Kerajaan sememangnya berperanan membetulkan permasalahan ini. Cuma keadah bagaimanakah yang harus dimulai, apakah perancangan jangka masa panjang untuk mengatasinya dan berpadakah dengan program tersebut, sedangkan bila mereka keluar nanti, mereka akan menghadapi suasana yang sama dengan sebelum nereka masuk dulu.
Apakah Kerajaan benar-benar ikhlas untuk membenteras kegiatan siosal yang tidak bermoral ini atau sekadar retorik semata-mata. Pendidikan seks perlu diadakan setelah dilihat gejala sosioal berluasan. Sememangnya kegiatan ini saling berhubung kait dengan penyalahgunaan dadah dan kegiatan sosial yang melampaui batas disampingan kekurangan bekalan ilmu agama serta tidak mendapat perhatian daripada keluarga.


Jika ia perlu dilakukan pihak kerajaan mesti mengambil berat soal kandungan modul itu, Dan perlu mendapat pandangan daripada pakar–pakar agama terutama Islam.Perlu diingat tujuan program tersebut untuk menggelakkan dari berlakunya hubungan seks sebelum berkahwin, jangan pula ia merangsang lagi kearah berlakunya seks diluar nikah. Kerajaan perlu mengambil jurulatih yang betul-betul mempunyai kelayakan untuk mengajar modul tersebut, Selain daripada itu, kerajaan juga hendak mengurangkan program yang tidak membawa kearah pembentukan siasah diri remaja dan memberi tumpuan kepada kegiatan yang menuntut kepada nilai-nilai agama yang dianuti oleh penduduk Malaysia serta berusaha bersungguh menghapuskan budaya yang songsang akibat kejahilan pemerintah menjalankan amanah selaku karajaan. Cuma kita harapkan pendidikan seks di PLKN itu nanti tidak seperti tikus membaiki labu.

Tokguruku Hilang dari blog KU

Aneh saya melihat, apabila gambar Tok Guru Nik Aziz sudah hilang dalam blog MSO, apa sudah jadi in? Orang yang menjadi pujaan selama ini sudah ditiadakan. Saya perasan sejak isu muzakarah PAS dengan Unmo yang hangat diperkatakan tidak lama dulu dan Tok Guru mengambil pendirian menolak semua bentuk pakatan dengan Unmo, pada ketika yang sama MSO adalah antara penulis blog yang pro kepada golongan yang ingin pakatan itu diteruskan.Saya tak tahu dan faham apakah penting sangat pakatan dengan Unmo perlu diterus sehingga MSO merasakan gambar Tok Guru enggak bisa lagi berada disisi blog MSO.




Semangat Setiakawan

Sebagaimana yang diketahui, kemenangan cemerlang PAS didalam PRU 12 ada hubung kait dengan terbentuknya gabungan parti-parti pembakangan Keadilan, DAP dan PAS disampingan rakyat umumnya melihat perlu ada sebuah pakatan atau parti alternatif diwujubkan di Malaysia, setelah rakyat begitu lama menghambakan diri kepada BN. Rakyat telah menolak Umno dan angkatan yang sewaktu dengannya dalam pilihanraya yang lalu. Harapan yang begitu tinggi dihati rakyat untuk pakatan parti-parti pembakang membela nasib mereka yang sudah lama menderita dibawah cekaman kerajaan Barisan Nasional.Rakyat dibelakang parti alternatif ini, walaupun mereka sedar bertapa besarnya risiko yang bakal mereka hadapi jika Pakatan ini gagal. Perlu juga diingat, kemenangan cemerlang PAS di Kelantan banyak telah disumbangkan oleh pengundi-pengundi muda diluar terutamanya yang berada di lembah Klang, hasil daripada gerakan bersepadau parti pembangkang dan NGO, kalau tidak disebabkan oleh tsumani politik yang berlaku disana boleh tentu Kelantan masih lagi diperintah oleh PAS, jika dibandingkan dengan penggal yang lepas PAS hanya berkelebihan satu kerusi sahaja dengan Umno.Disaat PAS mula mendapat penerimaan semua golongan rakyat Malaysia, dikala itu PAS hendak berpaling tadah oleh kerana terdapat beberapa pimpinan PAS yang kepunang untuk meraih pulangan yang tidak seperti yang diharapkan, sedangkan dimasa yang sama PAS telah membentuk 2 buah negeri Kelantan dan Kedah, Pulau Pinang kembali kepada DAP. terbentuk Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak.Perlu diingat jika kepercayaan ini digadaikan, PAS akan kehilangan bukan setakat negeri kelantan dan Kedah dalam PRU akan datang tetapi yang paling besar adalah maruah diri.

Keputusan Tok Guru Nik Aziz adalah tepat dengan situasi semasa dan saya rasa MSO jangan terlalu emosianal ataupun membawa permasalahan peribadi beliau dengan pimpinan tertentu didalam Kerajaan Kelantan sehingga melangkaui batasan kebenaran.
draf

Monday, August 18, 2008

kalam awalan dari saya

Assalamualaikum,

Muktamar PAS Pusat kali 54 di Ipoh, Perak Darul Ridwan baru sahaja berakhir pada 17 Ogos 2008, yang berlangsung selama tiga hari yang didahului dengan Muktamar ketiga-tiga sayap Dewan ulamak, Pemuda, dan Muslimat pada 15 ogos 2008 yang lalu. Muktamar PAS kali ini umpama sireh pulang ke gagang, walaupun terdapat banyak kelemahan dari segi persiapan dan plublisiti namun pujian harus diberikan kepada urusetia muktamar yang berjaya menjayakan muktamar sebesar ini.

Bertolak dari Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden telah memberi gambar sebenar harapan dan cita-cita PAS sebagai parti yang bersama berada didalam Pakatan Rakyat. Walaupun kelihatan terdapat juga timbang balas didalam meredakan suasana panas pergolakan didalam PAS ekoran isu muzakarah dengan Umno. Tuan Guru Presiden bijak mengambil jalan tengah bagi mereda kemarahan ahli PAS ekoran ramai pimpinan PAS Pusat yang kelihatan akhir-akhir terlalu seronok untuk bercakap hingga mencampuri persoalan dasar bersama kerjasama dengan parti-parti didalam pakatan Rakyat, sedangkan mereka lebih mengerti setiap inci apa yang mereka perkatakan itu akan dimanupulasi oleh media arus perdana dan TV3 suku.

Titik tolak Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden, PAS mesti kembali kepada sistem yang telah menjayakan PAS sehingga berada dikejayaan sekarang ini. Satu ucapan yang berani dan telus apabila Tuan Guru Presiden mengharapkan pogram pentarbiahan mesti dijalan secara menyeluruh bukan sekadar retorik semata-mata dari segenap lapisan ahli disemua peringkat cawangan, kawasan, Dewan-Dewan tidak terkecualian para ulamak juga harus diperbaharui kembali kefahaman berlandaskan perjuangan Islam kerana ditakuti kita telah dijangkiti virus cintakan dunia dan takut akan mati, kerana kita semua tidak akan terlepas dengan ujian Allah swt walaupun dimana kita berada.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al’Ankabuut: Ayat 2;
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengucapkan kami berilman sedangkan mereka belum lagi diuji,
Surah Muhammad: Ayat 31;
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan ( baik-buruknya ) keadaanmu.

Sekarang ini sudah jarang kedengaran istilah apatah lagi pelaksanaan seperti usrah, tamrin hatta mukayyam kedengaran dimulut pimpinan PAS. Ahli-ahli bawah terkapai-kapai mencari halatuju perjuangan PAS yang jauh berbeza dari kegiatan, amalan dan hubungan semasa ahli setelah PAS berada di tempat hati rakyat. Antara sebab utama, usrah yang menjadi asas utama bagi gerakan Islam tidak lagi berlaku dengan sepatutnya ialah kerana kekurangan pimpinan yang mampu menjadi ketua atau nakiq kepada jemaah tersebut disebabkan akhlak dan amalan pimpinan tidak boleh dijadikan contoh atau pimpinan itu sendiri tidak ada kekuatan diri dek kerana ’dosa-dosa’ yang mereka lakukan. Malah lebih teruk lagi pimpinan PAS leka mengejar jawatan politik sehingga terabai tanggong jawab membangunkan persoalan jemaah.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya yang diriwayat oleh Bukhari, Ahmad dan At-Tarmizi
“ Orang yang paling banyak mengalami ujian ( bala’ ) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia ( wali ), kemudian yang lebih mulia ( ulama ), seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat ( kuat ). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas diatas muka bumi ”.

PAS adalah satu-satu parti politik Islam yang terdapat di negara ini dan ditubuhkan dengan menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhannya, ia menandakan pendekatan yang digunakan pakai PAS jelas dan terang halatujunya. Oleh sebab itu jika berlaku kepincangan didalam pelaksanaannya secara umumnya Islam juga boleh dikaitkan oleh golongan yang memusuhi Islam. Sebagai pendokong jemaah Islam kita mempunyai tanggong jawab berganda menjaga kemuliaannya berbanding dengan kumpulan parti berfahaman sekular.

Al-Anfal; ayat 27
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul ( Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahuai.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah;
” Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyegutukan Allah, Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala tetapi mereka membuat amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi ”

Diharapkan Muktamar kali tempat bermuhasabah yang terbaik untuk pimpinan dan ahli PAS, seharus Pas lebih baik daripada sebelumnya.

Sekian. Wasalam