Thursday, July 16, 2009

ULASAN PERTAMA PRK DUN MANEK URAI

Setelah dikaji dari pelbagai sudut, saya telah menjangka dari awal lagi, peluang kedua-dua parti yang bertanding Umno dan Pas di Manek Urai adalah 50-50.

Berdasarkan sosiologi penduduk setempat, isu yang mengelirukan ahli dan penyokong Pas mengenai dengan kerajaan Perpaduan terutamanya bagi pengundi yang berada di luar Kelantan, yang masih lagi bingung halatuju Pas sebenarnya dan juga kefahaman penyokong Pas dan ahlinya disana tentang perjuangan yang dibawa oleh Pas, Pas akan menghadapi saingan yang sengit pada PRK kali ini.

PRK kali ini, adalah pilihanraya kecil yang pertama berlaku di luar bandar, yang sudah tentunya berbeza pandangan dan kekuatan ekonomi pengundi dengan PRK yang sebelumnya.

Walaupun Pas menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja tetapi Pas seharusnya berbangga dengan hampir seluruh Menteri Kabinet turun ke DUN Manek Urai bukan setakat tabur janji tetapi duit berguni-guni kepada pengundi disana, dan perlu juga diakui orang melayu amnya tidak tahan dengan ujian satu ini. Duit bisa menggelapkan mata.

Lain dengan pilihanraya yang sebelum ini yang berlaku di kawasan bandar atau pinggir bandar, Permatang Pauh, Penanti, Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.

Dan perkara yang tak dapat dinafikan rasuah politik terlalu bermaharaja lela di Manek Urai, jika boleh bertahan pun dikira OK, ataupun kalah terus.

Pas juga harus berlapang dada jika dikatakan kemerosotkan majoriti PRK Manek Urai sedikit sebanyak disebabkan oleh isu Kerajaan Perpaduan yang cetuskan oleh Presiden Pas sendiri Abdul Hadi Awang dan Nashruddin Mat Isa, yang menyebabkan pengundi-pengundi muda berada di luar kelantan mengemukakan protes yang jelas kepada Pas yang bersikat tarik tali dengan umno.

Setelah pelbagai tawaran dibuat Umno kepada beberapa pimpinan tertentu dalam Pas. Kekesalan ini dilihat seperti tidak menghiraukan perasaan ahli bawahan Pas yang bertungkus lunus mempertahankan perjuangan parti yang kekadang terpaksa berbalah dengan adik beradik disebabkan fahaman politik yang berlainan.

Jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil sebelum ini. Pas pernah kalah kerusi yang disandang semasa Pilihanraya umum sebagai contoh di DUN Pengkalan Pasir, pada PRU 2004 Pas menang dengan 56 undi, kalah pada Pilihan Kecil 2006 majoriti 134 setelah Adunnya meninggal dunia, tapi menang kembali pada PRU 2008 dengan kemenangan yang lebih besar 2,348, walaupun calon yang sama dengan pilihanraya kecil 2006 Hanifa Ahmad ( Pas ) Hanafi Mamat ( Umno ).

Umno memang sedia maklum dengan keadaan ini sebenarnya, tapi bolehlah pimpinan Umno atasan menghiburkan hati sedikit yang gundah gulana dialami dalam pilihanraya sebelum ini walaupun kalah. Pun begitu keputusan PRK kali ini tidak mengambarkan mood rakyat keseluruhannya.

No comments: