Wednesday, August 20, 2008

Penahanan Exco Perak Konspirasi Politik ?

Disaat Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang tinggal hanya 6 hari lagi, kita dikejutkan dengan kes rasuah yang melibatkan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) Exco Pelancongan, Modal Insan Dan NGO dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian Dan Perdagangan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga. Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta. Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks. Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Persoalannya, mengapa begitu pantas pendakwaan itu boleh dibuat ? Pada kebiasaannya siasatan sesebuah kes akan melibatkan pelbagai pihak dan jabatan, Yang menjadi tanda tanya macam mana seorang Menteri Besar tidak tahu berkenaan Exconya disiasat. Apatah lagi kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, projek perumahan bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud dan mustahil kedua-dua exco berkenaan melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan.
Di Kuala Lumpur pula kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau gembira berikutan Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak tersebut mencerminkan langkah yang diambil untuk memperbaiki kemampuan agensi itu sedang membuahkan hasil.
Apakah penahanan ini berikutan kemenangan tipis pakatan rakyat pada PRU ke 12 yang lalu, Sama-samalah kita ikuti episod baru, tipu daya BN untuk merampas kerajaan pakatan rakyat di Perak Darul Ridzuan.

KOMENTAR ULASAN MSO

Pagi ini sebelum ke pejabat sambil mengambil sedikit sarapan ringan, sempat juga saya membuka blog kesayangan MSO, satu-satu blog yang pasti saya akan melayari., setiap kali membuka internet. Kehairanan sebelum ini terjawab bila terpapar tajuk “Ilham Subuh” “Mengenali Husam Dalam Politik”. Terlintas juga difikiran saya, mungkin saudara MSO tak dapat tidur kot atau ilham dalam mimpi, seawal dingin subuh saudara MSO kepanasan. Apakah krisis peribadi MSO “Kambing Jamnapari” belum lagi hilang dari benak kemarahan MSO kepada Husam.

Selaku pepimpin yang berjiwa besar Husam Musa seolah-olahnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang selalu dilemparkan kepada nya ( si baju petah merah ) oleh MSO sebelum ini. Sikap marah MSO ini terbawa-bawa sehingga semua team work Husam Musa dibalongnya termasuklah Haji Fauzi ( Air Kelantan ) dan ramai lagi.
Didalam blog, MSO harus gentleman nyatakan siapakah ahli dan pimpinan Pas yang anti Husam dan tidak menyokong PKR di Permatang Pauh itu, adalah tidak sopan beliau menggantungkan bola yang membiarkan masing-masing untuk menyepaknya. Ini akan memberi kesan negetif kepada pimpinan Pas, dikala Pas ketika ini mengalami proses evolusi. Mungkinkah orang yang MSO maksudkan itu pimpinan dari Terengganu atau Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri, hanya MSO yang bisa menjawabnya.

Didalam semangat setiakawan, tidak salah jika Husam Musa sering menziarah DSAI atau berceramah sekali, apatah lagi disaat saudara kita diuji dengan pelbagai musibah dan dikhianati. Dan tidak salah jika keluar negara bagi tujuan membentuk kekuatan bersama. Apa yang menjadi kesilapannya, mungkin juga kerana Husam terlupa nak ajakan MSO bersama kot.
Saya rasa MSO tidak perlu aneh dengan sikap manusia yang berubah seperti dinyata dalam blog itu” budaya dirinya yang tidak suka mendekati orang dan lebih suka bersendirian selama ini. Kelainan dan perbezaan ini menghairankan sedikit! Dalam kes Anwar kali ini beliau tiba-tiba mengubah gaya hidup”. Manusia mempunyai prinsip hidupnya tersendiri dan keunikan inilah yang membezakan antara rakyat biasa dengan seseorang yang bakal dinobatkan sebagai pemimpin.

Dalam dunia politik sudah ramai ahli politik mengambil jalan selamat bagi popoliskan diri, daripada bersusah-susah diri mempertahankan sesuatu kebenaran dan prinsip, sedangkan belum tentu sesuatu prinsip yang dipertahankan itu akan dihargai.

Satu persoalan yang tidak masuk akal bila MSO bertanya di dalam blognya ”Kenapa Husam begitu bersungguh membantu Anwar dan mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat? Sebagai seorang penulis politilk veteran agak malanglah MSO tidak dapat mentafsirkan persoalan itu semudah itu. Apakah cita-cita Pas untuk memerintah Kelantan dan Terengganu atau Pas hanya cukup nafasnya bagi untuk penggal ini sahaja. Jika persoalan di Pangkalan Pasir digunakan untuk melaga-laga orang Pas dan Anwar. MSO telah mengambil langkah yang songsang. Sebagai Pemimpin politik yang akan mewarni langkap politik Malaysia, Pas harus kehadapan bukan menyelak sejarah silam yang tidak membawa apa-apa kebaikan kearah memartabatkan perjuangan dan gagasan Pas di tengah-tengah Masyarakat Malaysia.
Tuduhan MSO, Husam hanya mahu memperalatkan Anwar. Hanyalah pandangan politik yang tidak matang, ingin saya imbau kembali sejarah politik Anwar yang bermula dari Abim bersama pimpinan Pas ketika itu Allahyaram Ustaz Fazdil Noor, Ustaz Yahya Othman yang mereka ini di umpamakan tiga tuku jeram. Kalaulah ditakdirkan akhirnya nafas politik Anwar dan Pas berjaya mencapai matlamat perjuangannya saya kira DSAI berpuas hati dengan gagasan mereka dahulu.
Dunia politik sesuatu kehidupan yang sentiasa bergerak, jika seseorang pemimpin itu statik, organisasi tersebut akan mati. Kita memerlukan seseorang pemimpin yang boleh membuat sesuatu keputusan yang segera, tepat dan kreatif. Tidak salah memcuba perkara yang baru yang salah sebagai pemimpin kita tidak mampu berbuat apa-apa. Seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak perlu menjaga hati semua orang, sememangnya bukan kuasa dan daya upaya kita. Apa yang perlu ialah keikhlasan dan kesungguhan terhadap tanggong jawab kerana yang akan menilaikan kita ialah jemaah keseluruhan bukan individu tertentu dan pengampu. saya rasa tidak perlulah saudara MSO memberi pelbagai teori atau fantasi politik hanya hasil dari kekecewaan MSO terhadap hubungan lampau beliau dengan Husam Musa.

Tuesday, August 19, 2008

Penyokong PKR GANAS ?

Seperti yang dijangkakan hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh akan dicemari dengan insiden keganasan termasuklah insiden “ belasah wartawan “. Akhbar arus perdana bertali arus mengutuk parti pembangkang yang mencetuskan peristiwa keganasan, parti PKR sekali lagi dipersalahkan dek rusuhan itu. Saya hairan kenapa setiap kali berlakunya pilihanraya kecil akan berlaku peristiwa “belasah wartawan”. Apa yang tidak kena dengan sistem demokrasi negara kita. Itupun jika insiden benar-benar berlaku, kalau tidak ia hanya lakon kotor politik Umno atau tidak pun unsur-unsur provokasi. Didalam suasana orang yang begitu ramai apa-apa pun boleh berlaku, adalah tidak adil jika pimpinan Umno menghalakan insiden tersebut kepada PKR tanpa melalui siasatan yang rapi kerana untuk memiliki sehelai baju dan sehelai bendera berlambang PKR tidak sampai pun RM 20.00, sesiapa pun boleh memilikinya, apatah lagi bertujuan jahat yang memang telah dirancangkan dari awal.
Kalaulah kita ingin mencari kebenaran tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, Insiden “ belasah wartawan” boleh dielakan jika liputan media massa arus perdana di negara kita berlaku dengan adil tanpa berat sebelah dan tiada unsur-unsur khianat terhadap laporan dipihak parti pembangkang. Mungkin perbuatan mereka itu hasil daripada tak mampu lagi menahan kesabaran akibat berita yang tidak adil itu. Secara logiknya kenapa orang biasa akan menjadi kasar tingkah lakunya bila menghadapi suasana pilihanraya kecil tentulah ada sebabnya. Oleh itu seratus peratus kesalahan tidak boleh diletak kepada penyokong PKR semata-mata.
Penyokong sesebuah parti politik sudah tentu datang dari pelbagai latarbelakang, maka tak hairanlah, jika berlaku insiden yang tak diingini kerana ketidakpuasan hati mereka, bila berhadapan dengan suasana yang berat sebelah sedang mengundi adalah hak mereka yang telah diperuntukkan didalam perlembagaan. Apa yang mendukacitakan ialah jika pimpinan sendiri yang mencetus provokasi seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Noh Omar yang dipetik dari Bernama.com ogos 17 ” Kita nak beri amaran kepada PKR, jangan nak jolok sarang tebuan. Jangan ingat dia jadi hero. Kalau dia samseng, kita sepuluh kali pun boleh jadi samseng” ini apa? ini cakap seorang menteri kah atau tukang sapu.
Kita bersimpati kepada jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis dan Halim Berbar dari HBL Press News kerana menjadi mangsa keadaan seperti mana kita juga bersimpati kepada anggota polis kita yang sentiasa berdepan dengan pelbagai kemungkinan semasa menjalankan tugas. Oleh itu selagi dunia penyiaran kita masih lagi berada pada takuk ini maka wartawanlah yang akan menjadi mangsa dek kerana kepincangan sistem demokrasi kita. Oleh itu jangan berumah ditepi pantai jika takut akan dilambung ombak.

coretan sore

Suasana politik negara dipanaskan lagi dengan pelbagai isu-isu semasa, tidak cukup daripada itu pimpinan-pimpinan parti Pakatan Rakyat tidak terlepas dengan terpias isu-isu semasa, dikala Umno sibuk dengan pemilihan parti di peringkat cawangan yang akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Presiden parti kelak di dalam Perhimpunan Agung Umno disember ini.

Dalam masa yang sama berlaku Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sesudah kerusi dikosongkan oleh Datuk Seri Wan Azizah, suasana lebih huru-hara dengan kegawatan Muktamar Pas Pusat kali ke 54, dengan pelbagai isu-isu sensitif termasuk muzakarah Pas-Umno, penyertaan non- muslim sebagai sayap parti, dicampur pula 10% kemasukan bukan bumiputra ke UiTM dicampur lagi kes liwat DSAI, dengan tak semena-nemanya berbicaralah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato' Mohd Daud Iraqi, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas 16 September ini, orang yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kita boleh maafkan jika Nik Amar bercakap dua hari sebelum tentang perkara yang sama, tetapi yang menjadi masalah bila diulang kembali oleh Ustaz Daud Iraqi.

Persoalannya dimanakah cerdiknya kita, berbicara perkara yang belum tentunya lagi berlaku, yang pasti ucapan beliau itu telah mengundang rasa kurang selesa dikalangan anggota Pakatan Rakyat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ustaz Daud Iraqi, juga pernah mengeluarkan perkataan yang menimbulkan kontorversi semasa Muktamar tahun lalu di Putik tentang pengundi import dan akhir perkara-perkara ini telah mainkan oleh Umno Kelantan bagi menghalalkan kegiatan jahat mereka selama ini.

Sebelum Ustaz Daud Iraqi berangan untuk Pas memerintah Malaysia. Beliau perlu juga muhasabah diri terlebih dahulu. Sejauh manakah peranan Dewan Ulamak Pusat khususnya tampil ditengah-tengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta mendekati mereka dan memberi gambaran sebenar tentang Islam kepada mereka. Kita dapati peranan Dewan Ulamak hari ini umpama hidup segan mati tak mahu, jarang kedengaran Dewan Ulamak Pas Pusat mendahului didalam penyelesaikan isu-isu yang berkaitan dikalangan umat Islam sendiri. Kita dapati juga Dewan Ulamak Pas Pusat tidak berapa berperanan dengan pembina an sasiah ahli Pas yang semakin hari semakin luntur jati diri sebagai amilin gerakan Islam, kita mengharapkan selepas tak jadi Wakil Rakyat ini Ustaz Daud Iraqi dapat meluangkan lebih masa menjalankan aktiviti pentarbiahan dan penkaderan ahli Pas.
Tak usahlah nak berbicara tentang PM Malaysia, kita dapati perlaksanaan dasar-dasar yang telah dilaungkan di Kelantan pun banyak yang berselerak sebagai contohnya kaunter belian lelaki dan perempuan di supermarket tidak dipatuti, perlaksanaan pakaian beretika dan menutup aurat hanya tinggal dalam mimpi dan banyak lagi cuba fikir sendiri, tak kuasa untuk membuka pekong disini,

Kadang-kadang diam tu emas

Pesanan Buat Cikgu Ya

Pilihanraya Umum ke 12 sudahpun berlalu, namun kesannya masih lagi terasa baik kepada yang menang apatah lagi kepada yang kalah, tak cukup daripada itu mereka yang tidak dinobatkan sebagai calon juga amat terasa, maklumlah pada pilihanraya umum yang lalu, umpama bertanding letak songkok pun boleh menang disaat rakyat mula jelek kepada umno.
Saya berkesempatan melawat rakan lama saya di Machang baru-baru ini. Sambil berborak tentang anak-beranak, waris-warah sempat juga saya bertanya tentang tok wakil baru Dun Kemuning Tok Iman Pi. Saya juga bertanya kenapa bekas YB lama tak naik nama? Sedangkan beliau kononnya telah menolak sagu hati RM 4 juta yang ditawarkan oleh Umno untuk tukar parti?
Rakan saya pada mulanya tak mahu komen tentang itu, mungkin disebabkan ketika itu agak ramai kenalannya berada disisi. Setelah masa berlalu dan hanya kami berdua sahaja, agak panjang juga, belia bercerita kepada saya tentang YB tersebut selain kes dakwa rasuah jualan bangunan Majlis Daerah Machang. Setelah mendengar apa yang diperkatakan itu saya yakin pihak PAS Negeri Kelantan telah membuat satu keputusan yang betul. Saya ada juga menanyakan beliau kenapa ramai-ramai wakil rakyat PAS, Umno memilih Cikgu Ya untuk diberi sagu hati itu. Beliau tidak menjawab Cuma tersenyum……..
Dikhabarkan juga, Cikgu Ya masih lagi memengang jawatan Pengerusi MTD Kemuning walaupun menjadi kebiasaan YB tempatanlah yang menyandang jawatan tersebut bagi melancarkan perjalanan jentera parti di Dun. saya juga dimaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan “puak make tangen” berarak supaya beliau dicalon semula setelah mengetahui kedua-dua calon Ustaz Roseli dan Ustaz Pi menolak pada peringkat awalnya sebelum penamaan calon dulu.
Cuma pesanan saya yang kerdil ini kepada Cikgu Ya jika nak come back sebagai YB pun, pada masa ini janganlah menyusahkan orang lain. Tidakkah semua yang berlaku ini adalah qadar dan qada dari Allah swt, ingatlah semua yang hidup akan mati. sekian

Pendidikan Seks PLKN

Slot Pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) akan dilaksanakan pada Januari tahun 2009 kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Dr. Ng Yen Yen, telah mengundangkan rasa kurang senang dikalangan ibubapa. Kalau dilihat dari segi penggunaan nama pun rasa serilau juga bulu roma dibuatnya. Samada serilau atau tidak itulah fenomena yang berlaku di negara kita sekarang ini.


Kerajaan sememangnya berperanan membetulkan permasalahan ini. Cuma keadah bagaimanakah yang harus dimulai, apakah perancangan jangka masa panjang untuk mengatasinya dan berpadakah dengan program tersebut, sedangkan bila mereka keluar nanti, mereka akan menghadapi suasana yang sama dengan sebelum nereka masuk dulu.
Apakah Kerajaan benar-benar ikhlas untuk membenteras kegiatan siosal yang tidak bermoral ini atau sekadar retorik semata-mata. Pendidikan seks perlu diadakan setelah dilihat gejala sosioal berluasan. Sememangnya kegiatan ini saling berhubung kait dengan penyalahgunaan dadah dan kegiatan sosial yang melampaui batas disampingan kekurangan bekalan ilmu agama serta tidak mendapat perhatian daripada keluarga.


Jika ia perlu dilakukan pihak kerajaan mesti mengambil berat soal kandungan modul itu, Dan perlu mendapat pandangan daripada pakar–pakar agama terutama Islam.Perlu diingat tujuan program tersebut untuk menggelakkan dari berlakunya hubungan seks sebelum berkahwin, jangan pula ia merangsang lagi kearah berlakunya seks diluar nikah. Kerajaan perlu mengambil jurulatih yang betul-betul mempunyai kelayakan untuk mengajar modul tersebut, Selain daripada itu, kerajaan juga hendak mengurangkan program yang tidak membawa kearah pembentukan siasah diri remaja dan memberi tumpuan kepada kegiatan yang menuntut kepada nilai-nilai agama yang dianuti oleh penduduk Malaysia serta berusaha bersungguh menghapuskan budaya yang songsang akibat kejahilan pemerintah menjalankan amanah selaku karajaan. Cuma kita harapkan pendidikan seks di PLKN itu nanti tidak seperti tikus membaiki labu.

Tokguruku Hilang dari blog KU

Aneh saya melihat, apabila gambar Tok Guru Nik Aziz sudah hilang dalam blog MSO, apa sudah jadi in? Orang yang menjadi pujaan selama ini sudah ditiadakan. Saya perasan sejak isu muzakarah PAS dengan Unmo yang hangat diperkatakan tidak lama dulu dan Tok Guru mengambil pendirian menolak semua bentuk pakatan dengan Unmo, pada ketika yang sama MSO adalah antara penulis blog yang pro kepada golongan yang ingin pakatan itu diteruskan.Saya tak tahu dan faham apakah penting sangat pakatan dengan Unmo perlu diterus sehingga MSO merasakan gambar Tok Guru enggak bisa lagi berada disisi blog MSO.




Semangat Setiakawan

Sebagaimana yang diketahui, kemenangan cemerlang PAS didalam PRU 12 ada hubung kait dengan terbentuknya gabungan parti-parti pembakangan Keadilan, DAP dan PAS disampingan rakyat umumnya melihat perlu ada sebuah pakatan atau parti alternatif diwujubkan di Malaysia, setelah rakyat begitu lama menghambakan diri kepada BN. Rakyat telah menolak Umno dan angkatan yang sewaktu dengannya dalam pilihanraya yang lalu. Harapan yang begitu tinggi dihati rakyat untuk pakatan parti-parti pembakang membela nasib mereka yang sudah lama menderita dibawah cekaman kerajaan Barisan Nasional.Rakyat dibelakang parti alternatif ini, walaupun mereka sedar bertapa besarnya risiko yang bakal mereka hadapi jika Pakatan ini gagal. Perlu juga diingat, kemenangan cemerlang PAS di Kelantan banyak telah disumbangkan oleh pengundi-pengundi muda diluar terutamanya yang berada di lembah Klang, hasil daripada gerakan bersepadau parti pembangkang dan NGO, kalau tidak disebabkan oleh tsumani politik yang berlaku disana boleh tentu Kelantan masih lagi diperintah oleh PAS, jika dibandingkan dengan penggal yang lepas PAS hanya berkelebihan satu kerusi sahaja dengan Umno.Disaat PAS mula mendapat penerimaan semua golongan rakyat Malaysia, dikala itu PAS hendak berpaling tadah oleh kerana terdapat beberapa pimpinan PAS yang kepunang untuk meraih pulangan yang tidak seperti yang diharapkan, sedangkan dimasa yang sama PAS telah membentuk 2 buah negeri Kelantan dan Kedah, Pulau Pinang kembali kepada DAP. terbentuk Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak.Perlu diingat jika kepercayaan ini digadaikan, PAS akan kehilangan bukan setakat negeri kelantan dan Kedah dalam PRU akan datang tetapi yang paling besar adalah maruah diri.

Keputusan Tok Guru Nik Aziz adalah tepat dengan situasi semasa dan saya rasa MSO jangan terlalu emosianal ataupun membawa permasalahan peribadi beliau dengan pimpinan tertentu didalam Kerajaan Kelantan sehingga melangkaui batasan kebenaran.
draf

Monday, August 18, 2008

kalam awalan dari saya

Assalamualaikum,

Muktamar PAS Pusat kali 54 di Ipoh, Perak Darul Ridwan baru sahaja berakhir pada 17 Ogos 2008, yang berlangsung selama tiga hari yang didahului dengan Muktamar ketiga-tiga sayap Dewan ulamak, Pemuda, dan Muslimat pada 15 ogos 2008 yang lalu. Muktamar PAS kali ini umpama sireh pulang ke gagang, walaupun terdapat banyak kelemahan dari segi persiapan dan plublisiti namun pujian harus diberikan kepada urusetia muktamar yang berjaya menjayakan muktamar sebesar ini.

Bertolak dari Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden telah memberi gambar sebenar harapan dan cita-cita PAS sebagai parti yang bersama berada didalam Pakatan Rakyat. Walaupun kelihatan terdapat juga timbang balas didalam meredakan suasana panas pergolakan didalam PAS ekoran isu muzakarah dengan Umno. Tuan Guru Presiden bijak mengambil jalan tengah bagi mereda kemarahan ahli PAS ekoran ramai pimpinan PAS Pusat yang kelihatan akhir-akhir terlalu seronok untuk bercakap hingga mencampuri persoalan dasar bersama kerjasama dengan parti-parti didalam pakatan Rakyat, sedangkan mereka lebih mengerti setiap inci apa yang mereka perkatakan itu akan dimanupulasi oleh media arus perdana dan TV3 suku.

Titik tolak Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden, PAS mesti kembali kepada sistem yang telah menjayakan PAS sehingga berada dikejayaan sekarang ini. Satu ucapan yang berani dan telus apabila Tuan Guru Presiden mengharapkan pogram pentarbiahan mesti dijalan secara menyeluruh bukan sekadar retorik semata-mata dari segenap lapisan ahli disemua peringkat cawangan, kawasan, Dewan-Dewan tidak terkecualian para ulamak juga harus diperbaharui kembali kefahaman berlandaskan perjuangan Islam kerana ditakuti kita telah dijangkiti virus cintakan dunia dan takut akan mati, kerana kita semua tidak akan terlepas dengan ujian Allah swt walaupun dimana kita berada.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al’Ankabuut: Ayat 2;
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengucapkan kami berilman sedangkan mereka belum lagi diuji,
Surah Muhammad: Ayat 31;
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan ( baik-buruknya ) keadaanmu.

Sekarang ini sudah jarang kedengaran istilah apatah lagi pelaksanaan seperti usrah, tamrin hatta mukayyam kedengaran dimulut pimpinan PAS. Ahli-ahli bawah terkapai-kapai mencari halatuju perjuangan PAS yang jauh berbeza dari kegiatan, amalan dan hubungan semasa ahli setelah PAS berada di tempat hati rakyat. Antara sebab utama, usrah yang menjadi asas utama bagi gerakan Islam tidak lagi berlaku dengan sepatutnya ialah kerana kekurangan pimpinan yang mampu menjadi ketua atau nakiq kepada jemaah tersebut disebabkan akhlak dan amalan pimpinan tidak boleh dijadikan contoh atau pimpinan itu sendiri tidak ada kekuatan diri dek kerana ’dosa-dosa’ yang mereka lakukan. Malah lebih teruk lagi pimpinan PAS leka mengejar jawatan politik sehingga terabai tanggong jawab membangunkan persoalan jemaah.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya yang diriwayat oleh Bukhari, Ahmad dan At-Tarmizi
“ Orang yang paling banyak mengalami ujian ( bala’ ) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia ( wali ), kemudian yang lebih mulia ( ulama ), seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat ( kuat ). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas diatas muka bumi ”.

PAS adalah satu-satu parti politik Islam yang terdapat di negara ini dan ditubuhkan dengan menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhannya, ia menandakan pendekatan yang digunakan pakai PAS jelas dan terang halatujunya. Oleh sebab itu jika berlaku kepincangan didalam pelaksanaannya secara umumnya Islam juga boleh dikaitkan oleh golongan yang memusuhi Islam. Sebagai pendokong jemaah Islam kita mempunyai tanggong jawab berganda menjaga kemuliaannya berbanding dengan kumpulan parti berfahaman sekular.

Al-Anfal; ayat 27
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul ( Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahuai.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah;
” Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyegutukan Allah, Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala tetapi mereka membuat amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi ”

Diharapkan Muktamar kali tempat bermuhasabah yang terbaik untuk pimpinan dan ahli PAS, seharus Pas lebih baik daripada sebelumnya.

Sekian. Wasalam