Wednesday, August 20, 2008

Penahanan Exco Perak Konspirasi Politik ?

Disaat Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang tinggal hanya 6 hari lagi, kita dikejutkan dengan kes rasuah yang melibatkan dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) Exco Pelancongan, Modal Insan Dan NGO dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian Dan Perdagangan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga. Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta. Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks. Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Persoalannya, mengapa begitu pantas pendakwaan itu boleh dibuat ? Pada kebiasaannya siasatan sesebuah kes akan melibatkan pelbagai pihak dan jabatan, Yang menjadi tanda tanya macam mana seorang Menteri Besar tidak tahu berkenaan Exconya disiasat. Apatah lagi kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, projek perumahan bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud dan mustahil kedua-dua exco berkenaan melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan.
Di Kuala Lumpur pula kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau gembira berikutan Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak tersebut mencerminkan langkah yang diambil untuk memperbaiki kemampuan agensi itu sedang membuahkan hasil.
Apakah penahanan ini berikutan kemenangan tipis pakatan rakyat pada PRU ke 12 yang lalu, Sama-samalah kita ikuti episod baru, tipu daya BN untuk merampas kerajaan pakatan rakyat di Perak Darul Ridzuan.

No comments: