Wednesday, August 20, 2008

KOMENTAR ULASAN MSO

Pagi ini sebelum ke pejabat sambil mengambil sedikit sarapan ringan, sempat juga saya membuka blog kesayangan MSO, satu-satu blog yang pasti saya akan melayari., setiap kali membuka internet. Kehairanan sebelum ini terjawab bila terpapar tajuk “Ilham Subuh” “Mengenali Husam Dalam Politik”. Terlintas juga difikiran saya, mungkin saudara MSO tak dapat tidur kot atau ilham dalam mimpi, seawal dingin subuh saudara MSO kepanasan. Apakah krisis peribadi MSO “Kambing Jamnapari” belum lagi hilang dari benak kemarahan MSO kepada Husam.

Selaku pepimpin yang berjiwa besar Husam Musa seolah-olahnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang selalu dilemparkan kepada nya ( si baju petah merah ) oleh MSO sebelum ini. Sikap marah MSO ini terbawa-bawa sehingga semua team work Husam Musa dibalongnya termasuklah Haji Fauzi ( Air Kelantan ) dan ramai lagi.
Didalam blog, MSO harus gentleman nyatakan siapakah ahli dan pimpinan Pas yang anti Husam dan tidak menyokong PKR di Permatang Pauh itu, adalah tidak sopan beliau menggantungkan bola yang membiarkan masing-masing untuk menyepaknya. Ini akan memberi kesan negetif kepada pimpinan Pas, dikala Pas ketika ini mengalami proses evolusi. Mungkinkah orang yang MSO maksudkan itu pimpinan dari Terengganu atau Ustaz Nasharuddin Mat Isa sendiri, hanya MSO yang bisa menjawabnya.

Didalam semangat setiakawan, tidak salah jika Husam Musa sering menziarah DSAI atau berceramah sekali, apatah lagi disaat saudara kita diuji dengan pelbagai musibah dan dikhianati. Dan tidak salah jika keluar negara bagi tujuan membentuk kekuatan bersama. Apa yang menjadi kesilapannya, mungkin juga kerana Husam terlupa nak ajakan MSO bersama kot.
Saya rasa MSO tidak perlu aneh dengan sikap manusia yang berubah seperti dinyata dalam blog itu” budaya dirinya yang tidak suka mendekati orang dan lebih suka bersendirian selama ini. Kelainan dan perbezaan ini menghairankan sedikit! Dalam kes Anwar kali ini beliau tiba-tiba mengubah gaya hidup”. Manusia mempunyai prinsip hidupnya tersendiri dan keunikan inilah yang membezakan antara rakyat biasa dengan seseorang yang bakal dinobatkan sebagai pemimpin.

Dalam dunia politik sudah ramai ahli politik mengambil jalan selamat bagi popoliskan diri, daripada bersusah-susah diri mempertahankan sesuatu kebenaran dan prinsip, sedangkan belum tentu sesuatu prinsip yang dipertahankan itu akan dihargai.

Satu persoalan yang tidak masuk akal bila MSO bertanya di dalam blognya ”Kenapa Husam begitu bersungguh membantu Anwar dan mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat? Sebagai seorang penulis politilk veteran agak malanglah MSO tidak dapat mentafsirkan persoalan itu semudah itu. Apakah cita-cita Pas untuk memerintah Kelantan dan Terengganu atau Pas hanya cukup nafasnya bagi untuk penggal ini sahaja. Jika persoalan di Pangkalan Pasir digunakan untuk melaga-laga orang Pas dan Anwar. MSO telah mengambil langkah yang songsang. Sebagai Pemimpin politik yang akan mewarni langkap politik Malaysia, Pas harus kehadapan bukan menyelak sejarah silam yang tidak membawa apa-apa kebaikan kearah memartabatkan perjuangan dan gagasan Pas di tengah-tengah Masyarakat Malaysia.
Tuduhan MSO, Husam hanya mahu memperalatkan Anwar. Hanyalah pandangan politik yang tidak matang, ingin saya imbau kembali sejarah politik Anwar yang bermula dari Abim bersama pimpinan Pas ketika itu Allahyaram Ustaz Fazdil Noor, Ustaz Yahya Othman yang mereka ini di umpamakan tiga tuku jeram. Kalaulah ditakdirkan akhirnya nafas politik Anwar dan Pas berjaya mencapai matlamat perjuangannya saya kira DSAI berpuas hati dengan gagasan mereka dahulu.
Dunia politik sesuatu kehidupan yang sentiasa bergerak, jika seseorang pemimpin itu statik, organisasi tersebut akan mati. Kita memerlukan seseorang pemimpin yang boleh membuat sesuatu keputusan yang segera, tepat dan kreatif. Tidak salah memcuba perkara yang baru yang salah sebagai pemimpin kita tidak mampu berbuat apa-apa. Seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak perlu menjaga hati semua orang, sememangnya bukan kuasa dan daya upaya kita. Apa yang perlu ialah keikhlasan dan kesungguhan terhadap tanggong jawab kerana yang akan menilaikan kita ialah jemaah keseluruhan bukan individu tertentu dan pengampu. saya rasa tidak perlulah saudara MSO memberi pelbagai teori atau fantasi politik hanya hasil dari kekecewaan MSO terhadap hubungan lampau beliau dengan Husam Musa.

1 comment:

Anonymous said...

saudara MSO jangan kerana komisyen kambing dendam itu di bawa ke dalam blog anda,cukuplah dendam itu terbuku dalam hati saja.