
Saya berkesempatan melawat rakan lama saya di Machang baru-baru ini. Sambil berborak tentang anak-beranak, waris-warah sempat juga saya bertanya tentang tok wakil baru Dun Kemuning Tok Iman Pi. Saya juga bertanya kenapa bekas YB lama tak naik nama? Sedangkan beliau kononnya telah menolak sagu hati RM 4 juta yang ditawarkan oleh Umno untuk tukar parti?
Rakan saya pada mulanya tak mahu komen tentang itu, mungkin disebabkan ketika itu agak ramai kenalannya berada disisi. Setelah masa berlalu dan hanya kami berdua sahaja, agak panjang juga, belia bercerita kepada saya

Dikhabarkan juga, Cikgu Ya masih lagi memengang jawatan Pengerusi MTD Kemuning walaupun menjadi kebiasaan YB tempatanlah yang menyandang jawatan tersebut bagi melancarkan perjalanan jentera parti di Dun. saya juga dimaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan “puak make tangen” berarak supaya beliau dicalon semula setelah mengetahui kedua-dua calon Ustaz Roseli dan Ustaz Pi menolak pada peringkat awalnya sebelum penamaan calon dulu.
Cuma pesanan saya yang kerdil ini kepada Cikgu Ya jika nak come back sebagai YB pun, pada masa ini janganlah menyusahkan orang lain. Tidakkah semua yang berlaku ini adalah qadar dan qada dari Allah swt, ingatlah semua yang hidup akan mati. sekian
No comments:
Post a Comment