Tuesday, August 19, 2008

coretan sore

Suasana politik negara dipanaskan lagi dengan pelbagai isu-isu semasa, tidak cukup daripada itu pimpinan-pimpinan parti Pakatan Rakyat tidak terlepas dengan terpias isu-isu semasa, dikala Umno sibuk dengan pemilihan parti di peringkat cawangan yang akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Presiden parti kelak di dalam Perhimpunan Agung Umno disember ini.

Dalam masa yang sama berlaku Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sesudah kerusi dikosongkan oleh Datuk Seri Wan Azizah, suasana lebih huru-hara dengan kegawatan Muktamar Pas Pusat kali ke 54, dengan pelbagai isu-isu sensitif termasuk muzakarah Pas-Umno, penyertaan non- muslim sebagai sayap parti, dicampur pula 10% kemasukan bukan bumiputra ke UiTM dicampur lagi kes liwat DSAI, dengan tak semena-nemanya berbicaralah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato' Mohd Daud Iraqi, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas 16 September ini, orang yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kita boleh maafkan jika Nik Amar bercakap dua hari sebelum tentang perkara yang sama, tetapi yang menjadi masalah bila diulang kembali oleh Ustaz Daud Iraqi.

Persoalannya dimanakah cerdiknya kita, berbicara perkara yang belum tentunya lagi berlaku, yang pasti ucapan beliau itu telah mengundang rasa kurang selesa dikalangan anggota Pakatan Rakyat dan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ustaz Daud Iraqi, juga pernah mengeluarkan perkataan yang menimbulkan kontorversi semasa Muktamar tahun lalu di Putik tentang pengundi import dan akhir perkara-perkara ini telah mainkan oleh Umno Kelantan bagi menghalalkan kegiatan jahat mereka selama ini.

Sebelum Ustaz Daud Iraqi berangan untuk Pas memerintah Malaysia. Beliau perlu juga muhasabah diri terlebih dahulu. Sejauh manakah peranan Dewan Ulamak Pusat khususnya tampil ditengah-tengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta mendekati mereka dan memberi gambaran sebenar tentang Islam kepada mereka. Kita dapati peranan Dewan Ulamak hari ini umpama hidup segan mati tak mahu, jarang kedengaran Dewan Ulamak Pas Pusat mendahului didalam penyelesaikan isu-isu yang berkaitan dikalangan umat Islam sendiri. Kita dapati juga Dewan Ulamak Pas Pusat tidak berapa berperanan dengan pembina an sasiah ahli Pas yang semakin hari semakin luntur jati diri sebagai amilin gerakan Islam, kita mengharapkan selepas tak jadi Wakil Rakyat ini Ustaz Daud Iraqi dapat meluangkan lebih masa menjalankan aktiviti pentarbiahan dan penkaderan ahli Pas.
Tak usahlah nak berbicara tentang PM Malaysia, kita dapati perlaksanaan dasar-dasar yang telah dilaungkan di Kelantan pun banyak yang berselerak sebagai contohnya kaunter belian lelaki dan perempuan di supermarket tidak dipatuti, perlaksanaan pakaian beretika dan menutup aurat hanya tinggal dalam mimpi dan banyak lagi cuba fikir sendiri, tak kuasa untuk membuka pekong disini,

Kadang-kadang diam tu emas

No comments: