Monday, August 18, 2008

kalam awalan dari saya

Assalamualaikum,

Muktamar PAS Pusat kali 54 di Ipoh, Perak Darul Ridwan baru sahaja berakhir pada 17 Ogos 2008, yang berlangsung selama tiga hari yang didahului dengan Muktamar ketiga-tiga sayap Dewan ulamak, Pemuda, dan Muslimat pada 15 ogos 2008 yang lalu. Muktamar PAS kali ini umpama sireh pulang ke gagang, walaupun terdapat banyak kelemahan dari segi persiapan dan plublisiti namun pujian harus diberikan kepada urusetia muktamar yang berjaya menjayakan muktamar sebesar ini.

Bertolak dari Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden telah memberi gambar sebenar harapan dan cita-cita PAS sebagai parti yang bersama berada didalam Pakatan Rakyat. Walaupun kelihatan terdapat juga timbang balas didalam meredakan suasana panas pergolakan didalam PAS ekoran isu muzakarah dengan Umno. Tuan Guru Presiden bijak mengambil jalan tengah bagi mereda kemarahan ahli PAS ekoran ramai pimpinan PAS Pusat yang kelihatan akhir-akhir terlalu seronok untuk bercakap hingga mencampuri persoalan dasar bersama kerjasama dengan parti-parti didalam pakatan Rakyat, sedangkan mereka lebih mengerti setiap inci apa yang mereka perkatakan itu akan dimanupulasi oleh media arus perdana dan TV3 suku.

Titik tolak Ucapan Dasar Tuan Guru Presiden, PAS mesti kembali kepada sistem yang telah menjayakan PAS sehingga berada dikejayaan sekarang ini. Satu ucapan yang berani dan telus apabila Tuan Guru Presiden mengharapkan pogram pentarbiahan mesti dijalan secara menyeluruh bukan sekadar retorik semata-mata dari segenap lapisan ahli disemua peringkat cawangan, kawasan, Dewan-Dewan tidak terkecualian para ulamak juga harus diperbaharui kembali kefahaman berlandaskan perjuangan Islam kerana ditakuti kita telah dijangkiti virus cintakan dunia dan takut akan mati, kerana kita semua tidak akan terlepas dengan ujian Allah swt walaupun dimana kita berada.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al’Ankabuut: Ayat 2;
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengucapkan kami berilman sedangkan mereka belum lagi diuji,
Surah Muhammad: Ayat 31;
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan ( baik-buruknya ) keadaanmu.

Sekarang ini sudah jarang kedengaran istilah apatah lagi pelaksanaan seperti usrah, tamrin hatta mukayyam kedengaran dimulut pimpinan PAS. Ahli-ahli bawah terkapai-kapai mencari halatuju perjuangan PAS yang jauh berbeza dari kegiatan, amalan dan hubungan semasa ahli setelah PAS berada di tempat hati rakyat. Antara sebab utama, usrah yang menjadi asas utama bagi gerakan Islam tidak lagi berlaku dengan sepatutnya ialah kerana kekurangan pimpinan yang mampu menjadi ketua atau nakiq kepada jemaah tersebut disebabkan akhlak dan amalan pimpinan tidak boleh dijadikan contoh atau pimpinan itu sendiri tidak ada kekuatan diri dek kerana ’dosa-dosa’ yang mereka lakukan. Malah lebih teruk lagi pimpinan PAS leka mengejar jawatan politik sehingga terabai tanggong jawab membangunkan persoalan jemaah.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya yang diriwayat oleh Bukhari, Ahmad dan At-Tarmizi
“ Orang yang paling banyak mengalami ujian ( bala’ ) ialah para Anbiya’, kemudian yang lebih mulia ( wali ), kemudian yang lebih mulia ( ulama ), seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat ( kuat ). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu. Ujian akan terus menimpa seseorang sehinggalah dia membiarkannya berjalan bebas diatas muka bumi ”.

PAS adalah satu-satu parti politik Islam yang terdapat di negara ini dan ditubuhkan dengan menggunakan perkataan Islam pada nama pertubuhannya, ia menandakan pendekatan yang digunakan pakai PAS jelas dan terang halatujunya. Oleh sebab itu jika berlaku kepincangan didalam pelaksanaannya secara umumnya Islam juga boleh dikaitkan oleh golongan yang memusuhi Islam. Sebagai pendokong jemaah Islam kita mempunyai tanggong jawab berganda menjaga kemuliaannya berbanding dengan kumpulan parti berfahaman sekular.

Al-Anfal; ayat 27
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul ( Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahuai.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah;
” Sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepada umatku ialah menyegutukan Allah, Aku tidak mengatakan yang mereka menyembah matahari, bulan atau berhala tetapi mereka membuat amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi ”

Diharapkan Muktamar kali tempat bermuhasabah yang terbaik untuk pimpinan dan ahli PAS, seharus Pas lebih baik daripada sebelumnya.

Sekian. Wasalam

No comments: