Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ke PutraJaya atau Penjara ?

Sepertimana yang sudah dijangkakan keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari seawal pukul 2 petang lagi sudah dapat difahami keputusan kelak akan menyebelahi DSAI tetapi tidak dapat dipastikan samada jumlah majoriti lebih atau kurang dari yang pernah didapat oleh Datuk Seri Wan Azizah pada pilihanraya umum 8 mac yang lalu. Lebih kurang pukul 10.00 malam semalam, keputusan rasmi telah diumumkan oleh Pengwai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya dengan DSAI mendapat 31,195, Datuk Arif Shah 15,524, AKIM 92 undi, DSAI mendapat majoriti 15,579.

Walaupun akhbar atau website pro kerajaan BN memperkecilkan kemenangan DSAI:-
“ Kesimpulannya, dengan 857 undi baru yang memihaknya, pemimpin de Facto PKR itu tidak sehebat mana walaupun mendapat sokongan dalam dan luar negara untuk menenangi semula kerusi Permatang Pauh yang diwarisi isterinya selama 10 tahun sebelum ini “ sedutan dari Agenda Daily


Tetapi sebenarnya, ia adalah satu kekajayaan yang besar diperolehi oleh DSAI kerana jentera PKR dan Pakatan Rakyat berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Malaysia, pada andian awal setelah berbagai isu dan tohmah telah dikeluarkan oleh media arus perdana, kita menjangkakan DSAI hanya mampu mendapat disekitar 7 K majorti sahaja. Rata-rata pilihanraya kecil akan berpihak kepada BN, tetapi memenangi dengan majoriti yang bertambah adalah satu pencapaian yang cukup baik bagi Pakatan Rakyat yang memberi pertunjuk, BN sudah tidak boleh lagi mewakili rakyat Malaysia sebagai parti yang memerintah.

Umno sudah tidak mampu lagi menyekat kemaraan DSAI, dengan ikatan yang kemas bersama parti-parti gabungan dan sokongan rakyat terbanyak, cukup memperlihatkan kita gambaran sebenar langkap politik di Malaysia akan datang.

Krisis kepercayaan rakyat kepada Ahli Parlimen dari BN telah mula goyah. Rata-rata mereka ( MP BN ) tahu mood rakyat sekarang berada disebelah Pakatan Rakyat, walaupun Malaysia masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional, mereka juga sedar jika keputusan yang berani tidak dibuat dari sekarang, mereka akan gigit jari, jika dipilih sebagai calon BN pada pilihanraya umum akan datang.


Perlukah mereka setia bersama-sama BN yang akan berkubur ? atau mengikut mood rakyat yang tersalah pilih BN tempohari. Mungkin itulah yang bermain-main dikotak pemikiran Ahli Yang Berhormat BN sekarang ini. Kalau itulah andaiannya, mungkin apa yang diperkatakan oleh YB DSAI bahawa akan ada Ahli Parlimen dari BN akan melompat parti ada resionalnya.
Ataupun Barisan Nasional harus bersikat berani, dengan mencipta sebanyak mana kes-kes salahlaku terhadap Anwar, seperti yang telah dilakukan oleh Mahahtir Mohamad dan sumbat sahaja ke penjara, kalau tidak mahu Anwar ke PutraJaya.

No comments: