Thursday, August 28, 2008

Tiba-tiba bersabdalah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Zahidi Wan Teh mempertahankan tindakan Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat di Masjid semasa hampir dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh, menambahkan lagi kebinggungan para rakyat jelata setelah pelbagai pihak masing-masing mengeluarkan pendapat yang berlainan tentang perkara yang sama.

Semalam 27.8.2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.


” Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.


Masyarakat umumnya hari ini mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Zahidi Wan Teh mengeluarkan fatwa bagi memperjelaskan hukum bagi konsert Avril Lavigne yang akan diadakan pada 29.8.2008, iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut bulan ramadhan yang mulia dan hari kebangsaan negara.

Mufti tersebut harus berperanan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes sumpah Saiful Bukhari Azlan. Tambahnya, konsert tersebut lebih besar impaknya jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful kerana ia melibatkan orang ramai.
Adalah menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosial, yang mana beliau akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran.


Apa yang menjadi kebimbangan pula terdapat pertubuhan parti politik dan NGO akan mengadakan junjungan bersama-sama mengedarkan risalah dakwah semasa konsert tersebut. Dikuatiri akan berlaku suasana yang tegang disana nanti jika tidak ada sesuatu langkah membatalnya diambil.


Mufti Wilayah Persekutuan jika digesa bersifat adil terhadap ilmu agama yang dimiliki dan mempergunakan dengan cara yang betul jangan hanya menjadi terompah kayu yang digunakan untuk ke jamban sahaja.

No comments: