Sunday, August 24, 2008

Ulasan Kongres DAP

Kongres DAP yang ke 15 bermula semalam, telah mengimikkan suasana apabila perwakilan DAP membangkitkan beberapa isu antaranya muqabalah Pas-Umno, DAP menolak negara Islam dan dominasi sesuatu parti dalam Pakatan Rakyat.

Sudah menjadi kebiasaan, pada setiap persidangan atau mesyuarat tahunan pusat, mana-mana parti pun, akan ada suara-suara desakkan dari perwakilan kepada pemimpin mereka supaya mengambil kira hasrat ahli bawahan atau sekadar mencari populariti setahun sekali, dan tidak menjadi kesalahan kerana yang akan menentukan kelak pihak jawatankuasa tertinggi sesebuah parti tersebut, yang akan membuat keputusan dan merangka jalan yang terbaik menggendalikan sesuatu isu tersebut dibawah satu pakatan yang dipersetuju bersama.
Setiap parti mempunyai idealogi masing-masing, itulah yang membezakan sesebuah parti dengan parti yang lain, Begitu juga Pas, PKR dan DAP masing mempunyai idealogi yang dibawa bagi mewakili kaum, agama atau masyarakat parti tersebut. Mereka juga mempunyai hak melaksanakan hasrat ahli parti yang termaktub didalam perlembagaan parti masing-masing.

Pas sebuah parti yang jelas hala tujunya ” memperjuangkan wujubnya didalam negara ini masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah ”
Sebenarnya apabila Lim Guan Eng memberitahu, bahawa beliau akan meniru cara-cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, secara tidak langsung menjurus kepada cita-cita perjuangan Pas selama ini, Cuma apa yang penting ialah, macam-mana perlaksanaan itu hendak dilaksanakan, disinilah kebijaksanaan Pas untuk merangkakan supaya sesuai dengan realiti masa dan persekitaran, bukan hanya sekadar menuntut kerusi-kerusi lantikan politik sepertimana disebut oleh perwakilan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang semasa Muktamar Pusat tempoh hari, semua ahli Pas harus berjiwa besar dan bersabar seketika dan berusaha menjelaskan perjuangan Pas dalam semua bentuk samada pemikiran dan perbuatan selaras dengan tuntutan Islam.

Pas sendiri didalam buku perlembagaannya tidak dengan jelas menyebut membentuk Negara Islam. Apa yang ditegaskan nilai-nilai hidup Islam dan hukum melalui kitabullah, sunnah rasul, ijmak ulamak dan qias, dimana hukum-hukum ini terdiri kepada dua, untuk orang Islam dan bukan Islam.

Perlu diakui, tidak ada satu pun idelogi yang dapat mengatasi idealogi yang berasaskan kepada kehidupan sesudah mati, yang mengambil kira soal syurga dan neraka. Pas juga patut menjelaskan konsep keadilan sejagat yang telah dibawa oleh Rasullah s.a.w “ Rahmatan lin a’lamin ”, dan Islam yang komperihensif bukan setakat hukum hudud sahaja tetapi nilai-nilai murni, termasuk juga macam mana Islam menjaga hak-hak orang bukan Islam, orang tua, kaum wanita, kanak-kanak, pengamal-pangamal agama didalam masa perperangan, yang jelas lebih baik lagi dari piagam yang digubar oleh manusia.
Apa yang menarik perhatian saya, apabila Pengerusi Agung DAP, Encik Karpal Singh melahirkan rasa kepercayaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi merapatkan jurang antara DAP dan Pas didalam isu-isu yang berbangkit antara kedua-dua buah parti tersebut. Pemimpin Pas harus bermuhasabah dan post mortem dimanakah silapnya uslub dakwah yang dijalankan selama ini, sehingga perlunya orang tengah bagi menyelesaikan permasalahan antara mereka.

No comments: