Thursday, August 21, 2008

HARAPAN MASA HADAPAN

Sedutan daripada Ucapan Dasar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia ( PAS ).

” Dari segi organisasi pula, Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Negeri pula perlu diperkasakan supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan masa. Sistem pentadbiran di Pejabat Agung dan Pejabat Perhubungan PAS Negeri perlulah menggunakan semua sistem pengurusan kontemporari, mempunyai instrumen pentadbiran dan infrastruktur yang lengkap, disamping mempunyai petugas sepenuh masa yang berkelayakan dan komited dengan perjuangan PAS. Aktiviti untuk membina petugas sepenuh masa ini perlulah dirangka supaya kehadiran mereka dapat dimanafaatkan secara optimum dan menyumbang kepada kecekapan pengurusan dan pentadbiran di pejabat PAS ini. Dalam masa yang sama, satu sistem saraan yang sistematik perlulah dirangka supaya petugas di pusat ini dapat menjalankan tugas dengan penuh ketekunan ”

Faham kita, akan kegusaran Tuan Guru Presiden tentang permasalahan yang sedang berlaku dibawah sana. Walaupun teguran diberikan kepada Pejabat Agong dan Badan Perhubungan Negeri, mungkinkah Tuan Guru tak tergamak memanjangkan lagi kepada Kawasan dan Cawangan yang sudah tentu lebih lemah, daripada kedua-dua peringkat pentadbiran tertinggi parti itu. Apakah yang diharapkan ialah perubahan akan berlaku disetiap kali muktamar tahunan, bukan hanya perjumpaan untuk bertemu berkenalan lama sahaja dan akhirnya, sebelum datang dan pulang sama sahaja, masuk angin keluar asap.

Kemenangan bukan bergantung kepada semangat sahaja,tetapi Pas disemua peringkat seharusnya mempunyai perancangan yang baik, dan lebih penting lagi melaksanakan apa yang dirancang, kita juga dapati Pas agak lemah dari segi pentadbirannya terutama persoalan keahlian. Kita juga seolah-olahnya kehilangan jentera parti, kalau adapun guru-guru yang sudah pencen, itupun boleh kira baik, jika dibandingkan sesetengah cawangan, mesyuarat agung tahunan pun tak dapat dibuat kerana tak cukup korun. Seseorang pemimpin hendaklah mengambil berat tehadap perancangan, serta menentukan halatuju dan mengagihkan segala kerja dan tugas kepada orang tertentu yang layak, bukan hanya kepada orang yang sebulu sahaja.

Pada pandangan saya walaupun pemilihan ahli jawatankuasa dua tahun sekali, tidak salah Pas kawasan atau cawangan membuat pengstukturan organisasi pada jawatankuasa lantikan, jika dirasakan prestasi seseorang itu kurang lemah, sekurang-kurangnya Jawatankuasa Harian Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan Penolong Setiausaha. Mereka sepatutnya tidak berkecil hati kerana kelemahan mereka akan memberi kesan yang besar kepada jemaah.

Kadang-kadang kita mengambil sikat yang salah, apabila berkerja dalam jemaah, kita selalunya tidak mengeluarkan segala daya upaya dengan alasan, kerja ini adalah hanya sukarela, maka timbullah sikat negatif berkerja acuh tak acuh atau sekadar termampu sedangkan, tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memikul tugas tersebut.

Tahun hadapan adalah tahun pemilihan disemua peringkat. Samada cawangan, kawasan atau pusat dan telah menjadi budaya Pas, tidak akan ada perlawanan didalam menduduki ketiga-tiga kerusi utama ketua, timbalan dan naib, adalah diharapkan kepada pimpinan yang sudah tidak mampu, mungkin kerana keuzuran ataupun sudah ada pelapis, sila berikan laluan kepada yang lebih bertenaga samada akal atau fizikal, mudah-mudahan sementara kita masih lagi ada bolehlah memberi tunjuk ajar kepada jentera yang muda-muda ini.

Pas juga harus berfikir secara serius, mengenai jentera-jentera sepenuh masanya kerana ia akan menimbulkan masalah, jika mereka ini tidak dibekalkan saraan masa tua, umpamanya KWSP dan Perkeso atau lain-lain yang difikirkan perlu. Adalah satu kerugian besar kepada jemaah jika kita terpaksa mengekalkan petugas yang lama, walaupun mereka sudah kurang prestasi disebabkan merasa bersalah mengugurkan dek kerana sudah lama berjasa kepada parti.

No comments: