Friday, August 22, 2008

Salam dari Permatang Pauh

Tahniah diucapkan kepada Datuk Arif Shah Omar Shah, meraikan kemenangan beliau sendiri, semalam di Pematang Pauh, mudah-mudahan kemenangan itu menjadi kenyataan bukan sekadar menang sorakan sahaja, tidak perlulah Datuk Arif Shah membuat andaian sendiri atau memakai 100 % risikan pengawai, biasalah orang cari makan, takkan nak lapor yang tak enak pula nanti kebuluran. Sepanjang kempen, berada disana saya tak nampak jentera Pakatan Rakyat terutamanya Pas berkerja ala kadar, seperti yang disebut oleh Datuk Arif Shah, apa yang pasti jentera pakatan all out, cuma oleh kerana terlalu ramai sangat petugas Pakatan Rakyat disana dan Jentera Keadilan yang mengetuai gerak kerja itu, maka jentera dari parti yang lain agak tidak kedepan. Kenduri sebesar ini, biasalah takkan semua nak jadi tukang gulai perlu ada penyambut tetamu, basuh pinggan dan lain-lain lagi.
Datuk Arif Shah juga berpendapat akan mendapat sokongan dari orang Pas dan Keadilan kerana alasannya banyak tolong mereka di sana. Ok lah tu, Cuma kita nak tanya berapa bidang tanah kah, yang Datuk Arif Shah telah jual untuk bantu rakyat di Permatang Pauh, atau berapa buah rumah dan kereta yang beliau perolehi semenjak menjadi pimpinan Umno.
Pilihanraya kecil di Permatang Pauh bukan soal “ Tak perlu YB terkenal seantero dunia “ seperti dilaungkan pada slogan kempen beliau, tetapi rakyat perlu menolak BN kerana mereka sudah tak mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat, setelah sudah lama amanah itu diberikan kepada mereka.
Rakyat hidup menderita diketika pemimpin Umno bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Saya rasakan tidak salah Datuk Arif Shah menghiburkan hati kerana selepas ini tidak ada lagi peluang sedemikian.

No comments: